loading...

Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan



Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan | Walaupun dalam Islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan.



Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan


Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan

Memandangkan kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan, berikut dikongsikan tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi sepanjang ramadhan . Selain itu, tips ini juga boleh diguna oleh ibu hamil dan semua yang berpuasa juga, insyaAllah.
.

1- Niat


2- Jangan tinggalkan sahur


Jangan skip sahur. Bonda pernah termiss makan sahur. MasyaAllah, gigihnya puasa selepas itu hanya Allah yang tahu. Jadi PERLU bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat . Dapat tenaga dapat juga pahala.

3- Banyakkan minum air 


Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum.  Sukat guna botol air mineral besar. Pastikan dapat minum 2 setengah botol sehari. Ibu-ibu boleh minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.


4- Makan banyak kurma. 


Bersahur dengan 3 biji kurma sekurangnya. Berbuka pun 3 biji kurma. Kurma terbukti banyak khasiat dan tenaga. Sunnah juga

5- Banyakkan Makan Sayuran Dan Buahan


Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Buahan dan sayuran mampu beri khasiat dan tenaga pada badan. Cuba elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

6- Makan Nasi


Sahur dan berbuka perlu makan nasi. Nasi jadi sumber karbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula. Ambillah walau sedikit.

7-Milk Booster


Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Milk booster yang biasa adalah tamar dan koko. Mesti minum panas waktu sahur dan buka. Alhamdulillah, berkesan. Ada tenaga. Oh ya, minum air suam juga memberi tenaga sepanjang berpuasa.

8- Supplement


Jika perlu, ambil supplimen untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa. 


9- Zikir Dan Selawat


Sentiasa berfikiran positif serta ceria. Berpuasa dan menyusukan memang sukar. Tapi kita yang mengawalnya dengn bantuan Allah dan suami. Banyakkan berzikir Ya Wahab , Ya Matin dan elakkan tekanan. Tekanan boleh ganggu produksi susu dan enzimnya .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan