Resepi Biskut Walnut Almond Snow
Resepi Biskut Walnut Almond Snow | Bile gigit biskut Walnut Almond Snow ni rangup kekacang dan lemak berkrim coklat . Selalu makan dan suka makan Biskut Walnut Almond Snow kan tapi tak tahu nak buat . Jom kita buat Biskut Walnut Almond Snow follow step di bawah .
Cawan penyukat .
Buttercup 1 buku 250g
Tambah 1 cawan gula halus
lagi bagus amik gula kasar blend dan sukat 1 cawan
kacau bagi rata. Tak yah gune mixer pon tak ape .
masukkan 1 biji kuning telor dan kacau guna senduk butter .
biarkan suhu bilik .
1/2 cawan susu tepung ( apa-apa jenama pun boleh )
badam nip dan walnut sangan dulu dan sejukkn..
nak gune kacang lain pon boleh .
3 jenis tepung
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung custard
3 1/4 cawan tepung gandum cap ros
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung custard
3 1/4 cawan tepung gandum cap ros
1 sb emplek atau perangup biskut .
kalau tak hado ganti dengan 1 sb tepung beras .
Satukan ketiga-tiga tepung
Serta susu tepung dan emplek
kacau rata.
Ok bebalik bahan yang kite kacau tadi .
masukkan kacang walnut dan badam nipps cincang tadi .
Ok dah kacau baru masuk sikit-sikit tepung-tepung yang bersatu tadi .
Masukkan sikit-sikit sehingga doh tak melekatdi tangan .
Doh dah sedia untuk dicetak .
Amik sedikit doh dan gelek .
potong-potong cenggitu .
tak yah cetak-cetak bagai
Susun atas tray yang disapu butter.
panas kan oven dan bakar api atas bawah suhu 170 masa 25 minit .
atau smpai nampak kekuningan .
dah sejuk alihkan dalam bekas .
Proses menyalut
Gune coklat masakan ape-apa jenama ( yang sedap beryls dan serbone )
Dan coco butter atas gambar coklat tu fungsi die untuk bagi coklat cair dan tak likat
so senang nak celup atau boleh ganti shortening
Cair kan double boil
sukatan die 250g atau dalam 1 blok coklat 2 sb cocoa butter
Celup kan biskut
Celup kan biskut
gune penyepit ikan lebih mudah .
yang dah dicelup coklat tadi letak atas serbuk roti golek kan je .
Facebook : Azlina Ina
0 comments:
Post a Comment