Resepi Ringkas Kek Apollo Yang Super Sedap
Resepi Ringkas Kek Apollo Yang Super Sedap | Kek Apollo yang selalu beli dikedai dalam bungkusan kecil itu , tak puas bila dimakan . Rasanya pula ada ada bahan pengawet . Adakalanya ada rasa tengit sebab mungkin dah dok lama dalam bungkusan . Apa kata kita belajar je buat sendiri .
Bahan - Bahannya kek Apollo :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
2 biji telur
1 sk esen vanilla
Satukan semua bahan di atas , putar hingga pekat .
Masukkan ke dalam loyang .
Topping :
Coklat Masakan satu bar ( paket / bungkusan )
1/4 butter
1/2 cawan susu pekat
Double Boiler
1- Panaskan air hingga mendidih .
2- Masukan semua bahan di atas dalam satu bekas .
3- Letakkan bekas tersebut di atas periuk air yang mendidih .
4- kacau sehingga coklat cair dan sebati dengan semua bahan .
5- Angkat dan sejukkan .
Bila coklat topping sudah suam-suam kuku , tuangkan ke atas kek .
Simpan dalam peti sejuk 30 minit supaya membeku dengan cantik .
selepas itu , bolehlah dikeluarkan dan dihidang .
0 comments:
Post a Comment