Resepi Ringkas Kuih Popia Salut Coklat Nestum
Resepi Ringkas Kuih Popia Salut Coklat Nestum | Dah macam - macam kuih raya menggunakan popia ni . Antaranya kuih popia nestum , kuih popia sardin , kuih popia serunding dan kuih popia susu . Sekarang ni , cuba pula resepi kuih popia salut coklat nestum pula .
Ranggup-rangup popia perasa coklat salut nestum gitu. Resepi hanya kulit popia, coklat Berlys, Nestum. Inilah kuih setiap tahun yang saya jual untuk hari raya. 5 tahun dah jual kuih ini. Confirm sedap, mesti sedap!
Cara-Cara Membuatnya :
1- Gulung popia dan susun cantik dalam dulang.
2- Jemur sehingga kering dan ini penting untuk dapatkan popia bulat cantik. Kalau tak jemur, bila goreng, popia akan penyek. Penat saja gulung nak bagi bulat kan?
3- Selepas kering kulit, kena goreng dulu kemudian barulah celup dengan coklat.
4- Selesai dicelup, golek-golekkan dalam nestum.
5- Susun popia yang sudah disalut dengan coklat dan nestum. Kemudian, masukkan dalam peti ais, biar coklat cepat keras. Keluarkan bila sudah siap. Boleh makan terus.
Credit : Norazian Jamal
0 comments:
Post a Comment