Tips Mudah Jadi Menantu Feveret
Tips Mudah Jadi Menantu Feveret | Tentu ramai korang yang baru berkahwin masih takut-takut dengan mertua . Maklumlah , bukan selalu jumpa . Macam-mcam fikir tentang mertua ni macam mana orangnya . Betul suka kat kita ke idak kan .
Tips Mudah Jadi Menantu Feveret
Bagi anda di luar sana yang akan menjadi menantu atau sudah menjadi menantu , tetapi masih belum jumpa formula yang tepat untuk ambil hati mertua , tip-tip berikut mungkin dapat membantu korang .
1- Angguk
Walaupun perkara itu korang tak setuju , angguk sajalah ya .
2- Jangan Masuk Campur
Jangan sesekali cuba bantu mertua dengan masuk campur urusan mereka kerana ianya mungkin akan jadikan keadaan lebih teruk .
3- Jangan sampai Pasangan Mengadu
Jaga pertuturan dan tingkah laku . Janga sampai pasangan anda mengadu pada ibu bapa mereka .
4- Jangan Berkira
Jangan sesekali berkira sama ada berkenan duit atau hulurkan bantuan guna tenaga . Anggap je macam kita bantu ibu bapa kita . Itu pun kalau kita mampu .
5- Rajin Buat Kerja Rumah
Bila berada di rumah mertua atau mertua datang rumah , tunjukanlah kamu rajin mengemas rumah dan memasak aka menjadi suri rumah yang baik . Jika lelaki pula , tunjuk korang rajin bantu isteri .
6- Berkomunikasi
Rajinkanlah diri tu bersembang dengan mertua . sembanglah apa saja asalkan bukan mengumpat ataupun mengutuk yang dah tentu berdosa .
7- Jangan tunjuk Malas
Walaupun kita tak sihat , gagahkan juga buat kerja . Jangan sampai pasangan kita yang buat dan layan kita .
8- Hadiah
Sesekali berikan hadiah pada mertua . Selalunya mertua ni terima je apa yang menantu beri asalkan sesuai pada mereka .
9- Hormat Privasi
Jangan buat rumah mertua macam rumah sendiri . Kena minta izin kalau nak buat ssuatu atau nak guna sesuatu .
10- Jangan Ambil Kesempatan
Jangan sesekali ambil kesepmpatan hanya kerana mertua kamu seorang yang baik hati .
11- Bercampur Dengan Ipar Duai
Cuba bercampur dengan baik bersama semua ipar duai . Jangan nank membodek mertua je . nanti orang menyampah pula .
12- Jangan Asyik Berkepit
Jangan asyik nak mengekor ke mana suami pergi . Nanti ramai yang rimas tengok dan aa pula yang mengumpat di belakang . Kena pandai bawa diri .
13- Biar Mertua Conquer Anak
Jangan halag hubungan baik pasangan dengan mertua . Mereka bersama sudah lama . Mereka juga yang melahirkan dan membesarkan pasangan anda . Buat sporting je sudah ! Lagipun bukan selalu mereka berjumpa . Sesekali bagi mereka chance .
14- Jangan Tunjuk Manja
Bab ni kalau korang buat , confirm ramai yang meluat dan menyampah . Dah macam tak reti nak buat sendiri kan !
15- Offer Mertua Dok Depan
Bila naik kereta , korang dok je belakang . Biar mertua dok di seat depan . Sesekali mereka nak dok sebelah anak mereka juga .
16- Tanya Kegemaran Pasangan
Sesekali tanya mertua tentang kesukaan pasangan supaya mertua tahu yang kita nak jaga anak mereka dengan lebih baik .
17- Jangan Marah Pasangan Depan Mertua
Kalau pasangan kita buat salah , buat tak tahu je . Dalam bilik barulah tegur . Jangan tunjuk belang lak depan mertua ya .
18- Ucap Syukur
Beritahu mertua yang korang bersyukur dapa anak dia yang baik dan panda jalankan tanggungjawab .
19- Jangan Berebut Dengan Mertua
Kalau mertua nak bersama pasangan kita , bermanja dan sebagainya , layankan je sebab dalam bilik pasangan kita tetap jadi milik kita je .
20- Kita Dapat Apa Yang Kita buat
Bila kita layan mertua dengan baik , maka menantukita akan layan kita dengan baik juga ... Ingat Tu !
0 comments:
Post a Comment