loading...

Resepi Ringkas Buat Tart Keju Guna Kuali



Resepi Ringkas Buat Tart Keju Guna Kuali | Kulit tart / biskut tart selalunya dihasilkan dalam mangkuk cawan yang kecil . Ada juga yang membuat tart mengikut saiz tray muffin . Jika anda malas nak buat kulit tart dalam jumlah yang banyak , anda boleh sahaja guna kuali .


10252064_1757339657833155_5588552428816685004_n

Resepi Ringkas Buat Tart Keju Guna Kuali


Untuk menghasilkan tart keju guna kuali , 
perlu sediakan kulit tart terlebih dahulu .



Bahan-bahan nye letak dalam bekas atau kuali yg nak dimasak tu pon boleh .


11701086_1757339684499819_3368946933687302147_n

Bahan-bahannya :


1/2 cawan butter atau majerin
2 cawan tepung gandum ( gune cap ros lebih rangup )
1sk garam
Kesemua bahan di atas digaul ramas sampai jadi macam rajah di bawah .


11219700_1757339707833150_8753913773298392112_n

Apabila dah jadi seperti di atas , 
 nak tambah sikit-sikit tepung untuk jadikan tak melekat sangat pon tak apa asal boleh ramas-ramas okey dah .

12799280_1757339727833148_9210054301944577060_n

Letak 1 biji telur gred B .
 gaul-gaul dan uli sampai jadi doh macam rajah kat bawah

11165228_1757339754499812_5575977844604734765_n

Selepas itu , ratakan doh pada kuali .

12107038_1757339784499809_6618951335068132036_n

Boleh ratakan guna senduk atau jari .
Ikut suka mana yang lebih selesa .

12109195_1757339814499806_1987805229975913297_n

Corakkan bahagian tepi guna garfu je .
Jadikan doh nipis supaya masak lebih cepat dan sekata .


Kastard Keju

125g cream cheese 
1/2 cawan susu segar atau whipping cream 
3 bijik kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1sk esen creamy vanila

12794466_1757339841166470_8691428563710415298_n

Cara membuatnya :


Ok blender semua bahan diatas .
Bancuh 1sb tepung jagung dengan 1/4 cawan susu segar
Masukkan dalam filling yang diblender tadi .
kacau rata je .

534137_1757339864499801_9112033711832126048_n

Tuangkan kastard keju ke atas kulit tart .

12799419_1757339894499798_2111420519647775871_n

Tutup rapat-rapat . 
 Kalau tak rapat nanti lambat masak..
Guna api paling kecil kalau tak nak kulit tart hangus .
Masak 30 minit hingga 35 minit ikut api dapur korang 
dan jenis kuali yang nipis atau tebal .
Masa masak tak sama .

11229767_1757339957833125_4406835885837039852_n

Bila kulit tart dah nampak kering dan keras ,
maknanya dah masak .


Facebook : Azlina Ina



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan