loading...

Pengesanan Awal Kanser Payudara



Pengesanan Awal Kanser Payudara | Kanser payudara adalah penyakit yang amat digeruni kaum wanita . Malah penyakit kanser payudara merupakan pembunuh utama bagi kaum wanita . Kedatangannya sudah tentu tidak diduga juga tidak diundang . 


Pun begitu , pengesanan awal kanser payudara boleh dilakukan untuk mengesan serta mengawal kanser payudara sebelum terus merebak dan menjadi ganas di dalam tubuh .


alt image tag

Faktor Penyebab Kanser


1. Usia yang meningkat

2. Keturunan atau dikalangan ahli keluarga yang menghidap kanser .

3. Datang haid lebih awal di usia 12 tahun atau wanita yang putus haid di usia selepas 50 tahun .

4. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak di usia 30 an .

5. Wanita yang mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak lemak haiwan .

Pengesanan Awal Kanser Payudara


Untuk mengesan kanser payudara , terdapat beberapa peringkat pengesanan untuk memastikan kanser payudara benar-benar wujud .


Langkah Pertama 


1. Periksa payudara 4 / 7 hari selepas datang haid . Kalau anda rasa seperti ada ketulan pada payudara , cepatlah pergi jumpa doktor . 



2.Bagi perempuan berusia 30 tahun ke atas , anda perlu buat pemeriksaan payudara melalui doktor . 



3. Sekiranya jangka masa haid tidak teratur / telah putus haid , pemeriksaan payudara hendaklah dilakukan secara tetap setiap bulan .




Langkah ke - 2


1. Tanggalkan pakaian anda separuh dada , dan lihat diri anda di depan cermin .



2. Berdiri tegak di hadapan cermin , pusing kiri dan kanan lihat akan perubahannya .



3. Tegangkan otot - otot bahagian dada dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah .



4. Angkat tangan ke kepala dan kemudian gunakan 3 jari sebelah kanan ke dada kiri . Kemudian tekan sekeliling dada secara bulatan sementara tangan sebelah kiri diletakkan di atas kepala . Lakukan perkara yang sama pada payudara sebelah .




Tanda - Tanda 



1. Benjolan pada payudara atau ketiak



2. Perubahan bentuk saiz payudara yang luar biasa



3. Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara



4. Puting payudara kelihatan tertarik ke dalam



5. Lelehan atau pendarahan yang luar biasa akan keluar dari puting payudara .





Sekiranya tanda - tanda di atas ada pada payudara anda , anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin . Bolehlah anda dapatkan rawatan sebelum terlambat .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan