Cara Mudah Atasi Kembung Perut Bayi
Cara Mudah Atasi Kembung Perut Bayi | Masalah kembung perut bayi merupakan masalah yang biasa berlaku namun boleh diatasi. Jika bayi anda menangis tanpa henti sambil menolak-nolak kakinya, cuba andatepuk atau jentik perlahan perut bayi anda. Jika perut bayi berbunyi seperti kosong semasa ditepuk, itu bermakna bayi sedang mengalami masalah kembung perut.
Berikut adalah antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah kembung perut bayi. Jangan lupa ikhtiar dengan cara yang sesuai dengan bayi . Insya Allah berkesan
1- Jika bayi masih dalam pantang atau berusia 2 bulan , ibu boleh memakaikan barut di perut bayi . Jika boleh , pakaikan barut sehingga bayi berusia 6 bulan .
2- Menggunakan urutan I LOVE U sepeti gambar di bawah .
3- Gerak-gerakkan kaki bayi secara berselang-seli seperti gaya orang sedang mengayuh basikal . Lakukan berulang-ulang kali .
4- Luruskan kedua-dua kaki bayi dahulu dan kemudian tolak kedua-dua kaki rapat ke arah perut . ( Lutut rapat ke arah perut , punggung bayi terangkat ) . Ulang langkah berulang kali .
5- Sapukan krim panas pada perut , tapak kaki , betis dan belakang bayi . Sentiasa sapu krim setiap kali tukar lampin bayi .
6- Sendawakan bayi tidak kira sama ada bayi menyusu badan atau pun susu botol .
7- Jangan biarkan bayi menangis terlalu lama , bimbang jika angin banyak masuk .
8- Ibu-ibu menyusu perlu pastikan makanan yang dimakan oleh bayi tidak terlalu berangin .
0 comments:
Post a Comment