loading...

5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis


5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis | Juandis atau lebih dikenali dengan demam kuning kerap menyerang bayi dalam kandungan dan yang baru lahir . Bayi yang mengalami neonatal juandis akan kelihatan kekuningan kulitnya juga matanya .

Warna Kuning pada kulit bayi , mata dan bibir itu disebabkan oleh tahap bahan yang dipanggil ‘bilirubin' yang lebih tinggi dari biasa Bilirubin adalah bahan yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Bilirubin juga dirembeskan oleh hati yang berperanan dalam sistem pencernaan. Jadi, kandungan bilirubin yang tinggi boleh disebabkan oleh ‘pemecahan’ sel darah merah yang membebaskan bilirubin atau terdapat masalah dalam sistem hati serta salurannya .

Kesan


Walaupun kuning bayi adalah ‘normal’, namun tahap bilirubin yang terlalu tinggi akan mengubah keadaan ini menjadi ‘tidak normal’. Tahap bilirubin daripada sel darah merah (unconjugated bilirubin) yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak. Ini adalah sangat merbahaya kerana otak merupakan pusat kawalan seluruh badan. Dalam kes-kes yang serius, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal pada sistem otak.

Oleh itu, bayi yang kelihatan kuning perlu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Darah selalunya akan diambil untuk menilai jenis dan tahap bilirubin tersebut. Terdapat graf yang dirujuk oleh pengamal perubatan untuk menilai tahap bilirubin. Graf ini penting untuk membantu para doktor membuat keputusan samada rawatan yang spesifik perlu diberikan atau tidak. Sekiranya kandungan bilirubin tidak terlalu tinggi, bayi boleh dijaga seperti biasa dan dan ibu bapa serta penjaga perlu memastikan bayi disusukan dengan secukupnya. Sejumlah besar bayi yang mengalami NNJ tidak memerlukan rawatan spesifik dan keadaan ini akan pulih dengan sendirinya .

5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis


5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis


Sebagai ibu yang sedang mengandung , anda boleh mengelakkan bayi anda dari terkena Neonatal Juandis dengan mengamalkan pemakanan seperti berikut :

1- Buah Delima


Makan buah delima atau minum pati delima sekrang-kurangnya 500 ml sehari .

2- Kurma


Amalkan makan buah kurma semasa sarapan pagi setiap hari .

3- Madu


Amalkan makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air yang dicampur 5 sudu madu setiap hari


4- Susu Kambing


Amalkan minum susu kambing 2 kali sehari selepas sarapan dan sebelum tidur .

5- Air Kelapa


Bila kandungan usia 7 bulan , amalkan minum air kelapa . Di samping membersihkan kulit anak dan elak kulit kepala berkerak , ia bagus untuk elak juandis .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan