Featured
loading...

Resepi Ringkas Oreo Trifle


Resepi Ringkas Oreo Trifle | Hari minggu anda tentu akan jadi bosan tanpa melakukan apa - apa . Di kala cuaca panas begini , seronok rasanya jika dapat bersantai di depan kaca tv . Merehatkan minda sambil menghadap kudap - kudapan juga pencuci mulut .


Resepi Ringkas Ramadhan -  Oreo Trifle



Resepi Ringkas Oreo Trifle


Siapa tak sukakan oreo ? Anak - anak paling sukakan oreo kan . Jemu juga kalau makan oreo begitu sahaja atau cecah pada air susu seperti yang diajarkan dalam iklan . Apa kata anda pelbagaikan resepi oreo yang anda suka itu menjadi satu pencuci mulut yang menyelerakan dipandang juga lazat bila di makan . Untuk itu , cubalah Resepi Ringkas Oreo Trifle ini .


Resepi Ringkas Ramadhan -  Oreo Trifle

Cara Menyediakan Oreo Trifle


Anda hanya perlu untuk hasilkan Resepi Ringkas Oreo Trifle ini , sediakan bahan di bawah dan selangselikan sebagaimana gambar di atas . Mudah bukan ? Anda boleh gunakan susu pekat manis sebagai pemanis kepada puding dan cream anda .
  • oreo yang dihancurkan
  • brownies
  • puding coklat
  • cool whip atau / dan
  • cream cheese

Chill Dessert


Anda juga boleh mencuba chill dessert dengan menggunakan buah - buahan, coklat bar, kek serta apa juga bahan campuran yang anda suka sebagaimana gambar di bawah ;


Resepi Ringkas Ramadhan -  Oreo Trifle



Resepi Ringkas Ramadhan -  Oreo Trifle



Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu .

Hukum Pakai Inai Bercorak


Hukum Pakai Inai Bercorak | Pemakaian inai sudah menjadi kebiasaan kaum wanita sejak dari dulu lagi . Inai yang dihasilkan melalui daun inai mengeluarkan warna yang merah dan ambil masa yang lama untuk hilang . Oleh kerana warna inai terhasil dari tumbuhan , maka pemakaian inai dibenarkan dalam Islam . Inai bukan sahaja dipakai oleh rakyat Malaysia malah dinegara India yang disebt sebagai henna dan juga di rantau timur tengah .


Hukum Pakai Inai Bercorak

Hadis



Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah berkata : 

" Tidak apa-apa berhias dengan memakai inai, terlebih lagi bila si wanita telah bersuami dimana ia berhias untuk suaminya. Adapun wanita yang masih gadis, maka hal ini mubah (dibolehkan) baginya, namun jangan menampakkannya kepada lelaki yang bukan mahramnya kerana hal itu termasuk perhiasan . "

" Banyak pertanyaan yang datang dari para wanita tentang memakai inai ini pada rambut, dua tangan atau dua kaki ketika sedang haidh. Jawabannya adalah hal ini tidak apa-apa kerana inai sebagaimana diketahui bila diletakkan pada bagian tubuh yang ingin dihias akan meninggalkan bekas warna dan warna ini tidaklah menghalang air sampai ke kulit, tidak seperti anggapan keliru sebahagian orang. Apabila si wanita yang memakai inai tersebut membasuhnya pada kali pertama saja akan hilang apa yang menempel dari inai tersebut dan yang tertinggal hanya warnanya saja, maka ini tidak apa-apa. " 

(Majmu’ Fatawa wa Rasail Fadhilatusy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin, 4/288).

Hukum Pakai Inai Bercorak


Inai Bercorak


Bila tahun berlalu , musim berganti , daun inai sudah diproses dan dijadikan produk . Bila sudah jadi produk , maka lebih mudah untuk mendapatkannya dipasaran berbanding terpaksa menanam sendiri . Justeru itu , mudah untuk mendapatkan perkhidmatan melukis inai bercorak untuk pengantin dari salon / butik pengantin . Inai bercorak untuk pengantin ini , bukan sekadar mudah hilang , malah lebih senang untuk diuruskan semasa dalam tempoh pemakaiannya .


Hukum Pakai Inai Bercorak

Hukum Pakai Inai Bercorak


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.




Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin


Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin | Majlis kahwin lebih berseri jika dekorasi majlis kahwin menggunakan lebih dari satu warna . Pelbagai warna boleh anda gandingkan cuma perlu bersesuaian supaya tidak nampak terlelu pucat , terlalu garang ataupun terlalu gelap .


Warna Tema Majlis Kahwin 2015

Warna Tema Majlis Kahwin 2015

Kombinasi Warna Tema


Sekirnya anda tidak mahu menggunakan warna yang sama pada semua dekorasi dan material pada majlis perkahwinan anda , kombinasi beberapa warna dekorasi majlis kahwin  juga boleh menaikkan seri tema majlis kahwin anda . Anda boleh guna dua warna tema majlis kahwin atau lebih .


Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin

Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin


Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin


Untuk menentukan Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin yang sesuai , anda perlu dah boleh saja rujuk di Google . Bermula dengan satu warna tema majlis kahwin yang anda suka , kemudian mencari warna padanan yang serasi supaya majlis kahwin anda lebih berseri . Berikut adalah beberapa contoh kombinsi warna tema majlis kahwin yang Chinta dapat sediakan untuk penilaian anda .

Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin


Warna Tema Majlis Kahwin 2015

Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin


Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin

Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin

Kombinasi Warna Tema Majlis Kahwin


Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis | Tak kira lah sama ada kita masih bujang atau dah nak kawin atau dah bergelar isteri , kita tetap nakkan bilik yang selesa untuk kita lelapkan mata selepas melalui satu hari yang panjang . 



Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Bilikku Syurgaku


Ungkapan bilikku syurgaku adalah yang sangat sesuai . Kenapa ? Sebab bilik tidur adalah tempat paling aman di dunia ni . Tak ada orang tau apa kita buat kan ! Di situlah kita melepaskan segala - galanya . Gembira , sedih , geram , marah malah jadi tempat yang paling sesuai untuk mencari ilham nak selesaikan masalah atau mencari inspirasi . Maka kita perlu tahu cara jadikan bilik lebih romantis dan lebih kreatif .

Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Orang yang bekerja sudah tentu tidak punya banyak masa untuk menghias bilik tidur mereka . Justeru itu , mereka selalunya hanya menggunakan aksesori bilik tidur yang perlu sahaja serta perabot yang minima supaya bilik tidur mereka mudah dikemas dan ada sentuhan romantis  . 

Ada beberapa tips / cara untuk jadikan bilik tidur lebih romantis . Antaranya :

1. Perabut yang bersesuaian .


Kalau boleh perabut tuh janganlah terlalu banyak . Kang nampak sempit lak bilik tuh . Cukuplah sekadar set bilik tidur saja . 

2. Elemen kaca


Tak kira la kat mana korang nak letak kaca tu . Kaca akan buat bilik tu nampak lebih luas . 

3. Warna yang lembut


Warna yang lembut memberi ketenangan terutama bagi orang yang selalu stress . Ada juga yang suka warna terang untuk lambangkan kegairahan mereka .

4. Pencahayaan 


Unsur cahaya dapat timbulkan suasana romantik dan tenang . Gunakan cahaya yang samar . Korang boleh guna lilin , lampu tidur atau balut jer lampu kalimantang tuh dengan warna yang korang suka . Tak digalakkan guna cahaya yang terang sebab korang akan rasa lebih tegang . 

5. Bauan


Bauan aromaterapi yang paling sesuai . Korang boleh guna pewangi penyegar dalam bentuk cecair , lilin wangi dan pot puri . Kat pasaran ada banyak pilihan . Den lebih suka bauan lemon . Korang mungkin suka ngan vanilla , mawar , lavender atau lainnya .

6. Bunga


Hiasan bunga - bungaan boleh tambahkan seri bilik korang . Tak kira la bunga palsu atau segar . Asalkan warna , vasnya dan kedudukannya sesuai dengan warna dan pilihan perabot , dah cukup menarik perhatian .

7. Muzik 


Alunan muzik dapat tenangkan jiwa selain beri ilham pada kita . Muzik juga boleh dodoikan kita yang mungkin tak boleh tidur sebab perkara - perkara yang terpaksa kita lalui / kepenatan di siang hari . 



Rundingan sulh dalam proses perceraian


Rundingan sulh dalam proses perceraian | Penceraian bukanlah sesuatu yang disukai oleh semua pasangan yang berkahwin . Namun sekiranya sudah pelbagai cara dilakukan tetapi masih belum menemui titik keserasian , maka penceraian adalah langkah terakhir .


Rundingan sulh dalam proses perceraian


Rundingan Sulh


Rundingan Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian , yang melibatkan satu atau lebih tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor dengan dikendalikan oleh pegawai sulh .

Seandainya satu persetujuan secara damai tercapai secara sukarela di antara kedua-dua belah pihak , ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan .

Sulh hanya boleh dibuat selepas berlakunya perceraian sahaja atau permohonan poligami . Asas perlaksanaan sulh terdapat dalam Surah An-Nisa': 128 sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud: 


" Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian antara mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang baik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai). "


Rundingan sulh dalam proses perceraian


Ada dua hasil rundingan sulh iaitu rundingan sulh berjaya dan juga rundingan sulh gagal . Sama ada berjaya atau gagalnya rundingan sulh itu , ianya bergantung kepada persetujuan kedua - dua belah pihak .


Antara faktor yang menyebabkan sulh berjaya adalah:


1. Kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tuntutan di luar mahkamah.

2. Kedua-dua pihak sedia memberi dan menerima serta bersedia berunding secara ikhlas dan terbuka, bukannya secara emosi atau membalas dendam.

3. Kedua-dua pihak sedar penyelesaian adalah bagi kepentingan pada masa hadapan.

4. Kedua-dua pihak sedar implikasi jika kes diteruskan dengan perbicaraan.



Antara faktor yang menyebabkan sulh gagal adalah:


1. Satu pihak atau kedua-dua pihak berbincang secara emosi atau atas faktor ingin membalas dendam.

2. Satu pihak atau kedua-duanya tidak ada keupayaan untuk membuat sebarang keputusan.

3. Satu pihak atau kedua-duanya tiada komitmen sebenar untuk menyelesaikan pertikaian.

4. Satu pihak atau kedua-duanya tiada persediaan sewajarnya.

5. Satu pihak atau kedua-duanya sukar untuk membuat keputusan.


Kelebihan Rundingan Sulh


Terdapat banyak kelebihan rundingan sulh ini , antaranya ialah dapat menjimatkan kos serta masa pihak dan mahkamah .

Perundingan melalui sulh adalah bersifat terpimpin dan bukannya dominasi sebelah pihak atau melihat kepentingan pada masa akan datang serta bukannya mengungkit dan menyalahkan pihak lain .


Resepi Ringkas Roti Kun Berinti Salad


Resepi Ringkas Roti Kun Berinti Salad | Sajian mudah di hari cuti kali ini Chinta hidangkan kepada anda cara membuat roti berbentuk kon melalui Resepi Ringkas Roti Kun Berinti Salad . Jemu juga kalau menghadap bentuk yang biasa saja setiap kali menghadap roti . Selalunya bentuk yang menarik akan menarik perhatian anak untuk lebih berminat makan roti .


Resepi Ringkas Ramadhan - Roti Kun Berinti Salad


Resepi Ringkas Roti Kun Berinti Salad


Tak sukar sebenarnya untuk buat roti berbentuk kon ini . DIY roti kun sebagaimana gambar di bawah sangat mudah untuk anda ikuti langkah - langkahnya . Anda hanya perlukan

Bahan - bahannya 


  • doh roti
  • acuan berbentuk kun
  • kerajang aluminium
  • salad

Cara membuatnya

1- Potong doh roti dan uli doh berbentuk memanjang

2- Sediakan cetak berbentuk kun

3- Balutkan kun dengan kerajang aluminium .


Resepi Ringkas Ramadhan - Roti Kun Berinti Salad


4- lilitkan sahaja doh tersebut mengelilingi kon kerajang aluminium hingga selesai .



 Resepi Ringkas Ramadhan - Roti Kun Berinti Salad


5- dan seterusnya masukkan ke dalam oven untuk dibakar .


Resepi Ringkas Ramadhan - Roti Kun Berinti Salad


6- Masukkan salad yang telah siap ke dalam roti kun sebelum dihidangkan .


Selamat Mencuba !




Resepi Ringkas Tacos Sandwich


Resepi Ringkas Tacos Sandwich | Hidangan ringkas hujung minggu kali ini menghidangkan DIY tacos sandwich . Kulit tacos ni boleh anda dapatkan di pasaraya . Kalau tak ada tacos , anda boleh sahaja gunakan kulit doh lain yang bersesuaian yang ada di pasaran . Anda juga boleh membuat kulit tacos sendiri di rumah . Cara membuat kulit tacos anda boleh rujuk di SINI .

Resepi Ringkas Tacos Sandwich


Cara buat DIY tacos sandwich ni mudah sahaja . Berikut adalah langkah - langkah yang anda perlu lakukan . 

1- Letakkan tacos di atas rak pemanggang dengan kedudukan seperti menyidai . Anda rujuk je gambar di bawah . Masak di dalam oven sekitar 10 minit atau sehingga garing . 


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich


2- Letakkan sebarang inti mengikut citarasa anda . Sama ada anda nak meletakkan inti yang mudah , inti ala melayu juga barat , itu terpulang kepada anda sendiri sebab anda yang nak makan .


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich


3- Taburkan cheese di atas inti yang anda sudah masukkan ke dalam tacos . Bakar semula dalam oven sehingga cheese itu cair . 


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich


4- Tacos sandwich di atas sudah siap untuk dimakan .


Berikut  adalah imej tacos lain yang anda boleh cuba di rumah . Mudah , ringkas dan semestinya lazat untuk anda sekeuarga makan . Malah tacos adalah hidangan yang sesuai untuk anda yang berdiet . 


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Selamat mencuba dan selamat bercuti kepada para pembaca semua .


Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh


Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh | Jodoh adalah sesuatu yang sangat sukar untuk kita duga . Adakala jodoh datangnya tidak dijemput . Ada pula yang sentiasa mencari jodoh tetapi tak melekat . Bagi yang sukar mendapat jodoh , anda jangan rasa kecewa kerana itu ujian Allah . Sudah tentu bagi setiap halangan jodoh anda itu ada jalan penyelesaiannya. 



Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh



Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh


Dalam Islam kita ada konsep usaha dan doa. Setiap usaha yang disertakan doa , insha Allah akan ada hasilnya. Cuma ada kalanya jodoh itu cepat dan ada kalanya jodoh itu lambat . Maka berperasangka baiklah kepada Allah .


Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh


Berikut adalah sebahagian dari doa dan cara cepatkan jodoh yang dapat saya sediakan untuk anda .

" Bukankah Kami ( Allah ) telah melapangkan dadamu ( ya Muhammad ), dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat, yang memberati punggungmu, dan Kami tinggikan ( muliakan ) namamu ? Kerana sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan . Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan . Apabila engkau telah selesai , ( mengerjakan suatu pekerjaan ) maka bersusah payahlah ( mengerjakan yang lain ), dan kepada Tuhanmu , berharaplah . "

Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh


1. Baca ayat al - Isyirah 



sebanyak 3 , 5 , 7 , 9 , 11, - 21 kali dan kalau boleh sebanyak mungkin terutama ayat 4 . Tujuannya supaya orang suka kat kita . 

Caranya : 
Apabila habis satu surah , tiupkan kat tapak tangan , pas tu sedut semula , tahan nafas , sapukan dari dagu terus keatas hingga kepala , ke belakang kepala hingga ke tengkuk  .

2. Baca surah al - Ikhlas 


sebanyak 3 , 5 , 7 - 21 x . Kalau boleh sebanyak yang mungkin . Tujuannya untuk naikkan seri wajah kita .

Caranya : 
Apabila habis satu surah , tiupkan kat tapak tangan , pas tu sedut semula , tahan nafas , sapukan dari dagu terus keatas hingga kepala , ke belakang kepala hingga ke tengkuk  .


3. Di ambil dari Buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit 


dari Ustaz Dato ' Haron Din ( m/s 73 )

Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh

Dibaca bersama doa selepas solat 5 waktu .


4. Baca Doa Ini Selepas Solat Lima Waktu


Doa ni , kakak saya yang beri diambil dari sebuah buku agama . Kalau dah ada calon , sebutkan namanya ketika berdoa . 


" Wahai tuhanku , pertemukan jodoh bagiku seorang suami yang baik , yang meminang dan menikahi aku , seterusnya menjadi temanku di dunia dan di syurga . "

Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh




Doa Dan Cara Cepatkan Jodoh



Walaupun tidak dapat membantu banyak, sekurang - kurangnya anda akan mencuba apa yang saya paparkan ini sebagai salah sati inisiatif dalam usaha mencari jodoh . Selebihnya , tawakal sahaja pada Allah kerana jodoh itu urusanNya .

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan