Featured
loading...

Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah | Rendang merupakan masakan orang minang / Negeri Sembilan . Ada pelbagai jenis rendang iaitu rendang ayam , rendang daging , rendang pucuk ubi , rendang dendeng dan sebagainya . 



Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah


Rendang dendeng bukanlah resepi tradisional Negeri Sembilan sebaliknya adalah resepi tradisional negeri Perak . Rendang dendeng tidak sama seperti rendang minang kerana rendang dendeng tidak menggunakan santan . Malah proses membuat rendang dendeng sangatlah mudah .

Berikut adalah proses membuat rendang dendeng langkah demi langkah supaya mudah untuk anda memahaminya .

Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Rebus daging sampai empuk .


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Hiris daging yang sudah direbus tadi nipis-nipis .


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Tumbuk sampai leper .



Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Tuangkan kicap lemak manis .


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Gaul daging dengan kicap lemak manis hingga sebati / rata .


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Goreng sampai garing .


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah


Inilah hasilnya selepas digoreng . Hitam itu kicap bukan hangus ya .

Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Tumis bawang besar 1 biji, bawang putih 3 ulas, halia lebih kurang 1 inci...
tumis sampai garing


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah 

Kemudian masukkan cili blend leibh kurang 2½ senduk kayu tu jer..
tumis sampa garing .


Resepi Cara Buat Rendang Dendeng Langkah Demi Langkah

Masukkan lada hitam ikut kepedasan yg kita nak...
lebih kurang 2 sudu... 
Ambil sedikit air rebusan daging , masukkan asam jawa . 
Ramas asam jawa hingga sebati dengan air rebusan daging .
Masukkan air rebusan daging bersama asam jawa tadi ke dalam .
Biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit .
Kemudian masukkan daging goreng tadi .
Gaul daging hingga kuah kering dan pekat .

Tutup api , angkat rendang dendeng yang sudah siap untuk dihidangkan .


Facebook : Daya Idris



Mawaddah Wa Rahmah Dalam Rumah Tangga


Mawaddah Wa Rahmah Dalam Rumah Tangga | Rumahku Syurgaku adalah wawasan berteraskan ajaran Rasulullah s.a.w. . Untuk mencapai taraf syurga di dalam sebuah rumah tangga , semua keperluan mesti dipenuhi . Elemen penting dalam keperluan ini ialah hubungan yang baik dan berkesan dalam rumah tangga berasaskan kasih sayang yang kukuh .

Kebahagiaan sesebuah rumah tangga memerlukan keseimbangan dari segi emosi , rohani dan jasmani berpaksikan kasih sayang . Kehilangan keseimbangan ini bermakna kekeringan kebahagiaan keluarga . Kebahagiaan adalah sesuatu yang lahir dari hati seseorang . Kebahagiaan dapat dilihat apabila seseorang itu berasa senang hati dan gembira dan dapat dilihat melalui raut wajah dan tigkah lakunya . 

Mawaddah Wa Rahmah Dalam Rumah Tangga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging . Apabila ia baik , baik pulalah seluruh badan , tetapi apabila ia rosak , rosak pulalah seluruh badan . Ingatlah ia adalah hati . "
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Setiap pasangan suami isteri hendaklah memastikan yang hubungan mereka sesama sendiri dan hubungan mereka dengan anak-anak adalah sentiasa baik yang timbul dari hati yang baik .

Kasih sayang dan belas kasihan atau mawaddah wa rahmah seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas , bermaksud bahawa hubungan ibu bapa sebagai suami isteri hendaklah berasaskan sentiasa kasih mengasihi , bertolak ansur , memperbanyakkan sabar , tabah di dalam menghadapi gelora rumahtangga dan menjadikan sifat suka bermaaf - maafan sebagai amalan yang berterusan .

Suami dan isteri perlulah meletakkan kasih sayang dan belas kasihan , sebagai asas dalam kehidupan berumah tangga . Tanpa kasih sayang dan belas kasihan , sesuatu ikatan perkahwinan itu tidak menuju ke istana bahagia seperti yang diharapkan , malah ia akan mengubah haluan kepada kehancuran . 

Hubungan antara ibu dan bapa dibentuk dalam keadaan ' makruf ' ( baik ) akan membenihkan kasih sayang yang bertunas dan bercambah ke dalam ahli keluarganya . Anak yang melihat kasih sayang antara ibu dan bapanya akan turut sama menikmati kemanisan suasana itu . Ini bermakna cara terbaik menyanyangi anak ialah dengan menyanyangi pasangan masing-masing .

Langkah menzahirkan kasih sayang dalam keluarga memerlukan beberapa prasyarat . Antara lainnya :
  • memahami keperluan emosi
  • meluangan masa indah bersama keluarga 
  • menyemarakkan kemesraan 
  • mewujudkan komunikasi secara efektif
  • membudayakan nila-nilai murni keluarga 
  • memikul tanggungjawab bersama 
  • mengutamakan keluarga dalam perancangan masa depan 

Kunci penting dalam mewujudkan hubungan yang kukuh di kalangan anggota keluarga ialah rasa penuh tanggung jawab dan kasih sayang . Kalau tanggung jawab semata -mata , ia mungkin menjadi tandus . Kalau semata-mata kasih sayang , ia mungkin berubah . Oleh itu , hubungan perlu diwujudkan dengan rasa tanggung jawab dan penuh kasih sayang . Dengan yang demikian , kehidupan keluarga menjadi sebuah taman indah iaitu seperti sebuah ' raudhah ' .

Kasih sayang adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga . Sekiranya tiap-tiap rumpun keluarga itu tidak mewujudkan satu ikatan yang baik dan harmoni , maka kedudukan sesebuah masyarakat itu akan pincang , justeru bangsa dan negara menjadi lemah . 

Apabila situasi ini berlaku , kemajuan tidak akan dapat dicapai dan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan . Begitulah pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga bagi mencapai hasrat yang dicita-citakan .


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah | Kek coklat adalah kek legend dan evergreen . Sampai bila-bila pun orang akan cari dan membuatnya . Bukan setakat budak-budak , orang dewasa juga suka . Lagipun lebih sihat sebab tak gunakan banyak lemak . 


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah


Untuk memudahkan anda membuat kek coklat milo moist yang super gebu macam gambar di atas ,
berikut adalah cara membuat kek coklat milo moist langkah demi langkah .


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Bahan-bahannya :


½ Cawan serbuk koko *
½ cawan serbuk Milo*- if kasar
 ( mesin sebentar untuk kasi halus supaya senang di ayak nanti )
1 ¼ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 & ½ sudu kecil baking powder*

1 cawan gula castor
1 cawan susu fresh milk #
1 cawan butter lurpak danish ( dicairkan )
1 sudu kecil essen vanilla#
3 biji telor saiz A

TIPS


nak add minyak jagung pun boleh ..
tapi texture kek antara penggunaan butter cair and minyak ada beza yee..
if guna minyak,agak oily and rasa cam kesat sikit..
if guna butter ..kek lagi gebu and texture smooth..#

* ½ cawan+ 2 sudu besar susu pekat manis
 ( SUKAT DULU SUSU PEKAT MANIS NYER 1/2 CAWAN THEN ADD LAGI 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS DALAM ADUNAN YEE - #



Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Caranya membuatnya :


BAHAN YANG BERTANDA (*) SEMUA NYA DI AYAK SEKALI YE
1- Pukul telor bersama gula castor hingga gebu and pekat
2- Satukan semua bahan bertanda (#) sekali hingga sebati - ketepikan
3- Kemudian add bahan yang diayak berselang seli dengan bahan (#) yang telah disiap dibancuh sekali ke dalam adunan telor yang telah dibeat awal tadi
4- Kaup balik kan sahaja .
5- Then tuang adunan dalam loyang and kukus selama 40-50 minit hingga masak .

TIPS

Pastikan penutup loyang ditutup kemas / dibalut dengan kain untuk elak air titisan kukusan menitik di atas permukaan kek . Kalau tidak kek akan bantat . Satu lagi tips untuk elakkan air kukusan drop atas permukaan kek ialah dengan menutup permukaan Loyang kek dengan aluminium foil atai plastik dengan kemas dan jangan dibuka selagi kek tak cukup masa di masak . Kukus dengan api sederhana , kerana kalau api kuat , kek akan merekah .

Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

 Sejukkan dahulu kek sebelum dituang ganache or buttercream .


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

RESEPI GANACHE SIMPLE 

1 CAWAN COKLAT MASAK BERLYS
1/2 cawan whipped cream or non dairy whipped cream
5 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter ( untuk kasi kilat )

Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Masukkan kepingan coklat ke dalam whipped cream .

Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Masukkan pula butter dan susu pekat manis .

Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Panaskan di atas api sederhana menggunakan kaedah double boil .
Kacau semua bahan hingga cair dan sebati .


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Sejukkan dahulu ganachee .
Kalau nak ganachee tebal , biarkan sejuk lama sedikit sampai ganachee pekat / likat .


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Pastkan kek sudah sejuk juga .

Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Selepas simpan dalam petisejuk selama 25 minit ,
tuangkan ganachee coklat  ke atas kek .
Ratakan ganache ke seluruh kek .
Corakkan mengikut suka anda menggunakan nozel .
Biarkan ganachee membeku sebelum dipotong .


Resepi Kek Coklat Milo Moist Langkah Demi Langkah

Inilah hasilanya kek coklat milo moist setelah dipotong-potong .



Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid


Teknik Tanam Orkid | Saya sukakan orkid . Bila pokok bunga orkid dah keluarkan banyak anak , nak juga kita ambil dan cuba tanam di pasu yang lain. Selain mengembangbiakkan pokok orkid , koleksi pokok orkid juga akan bertambah .


Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

Orkid


Orkid merupakan tanaman yang asalnya hidup di hutan . Media tanaman semuajadinya adalah menumpang pokok lain selain hidup diatas tanah juga . Orkid yang mengandungi pelbagai spesis ini hidup dalam habitat masing - masing mengikut pelbagai jenis cuaca . 

Jenis Medium Untuk Tanam Orkid


Tanam orkid memerlukan beberapa teknik antaranya adalah menentukan jenis medium yang sesuai digunakan mengikut habitat asalnya . Jenis media ini bergantung kepada kesesuaian mengikut iklim asal penanaman anda . Berikut adalah penerangan ringkas tentang penggunaan media penanaman orkid .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

1- Pecahan Batu Bata


Pecahan batu bata merupakan media penanaman orkid yang popular kerana mudah didapati . Pecahan batu bata sangat sesuai untuk menanam orkid jenis memanjat dan orkid epifit . Selalunya pecahan batu bata ini dicampur sekali dengan pecahan arang . 

Sebelum menggunakan batu bata , apa yang perlu anda lakukan adalah :

  • batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman . Selepas itu , angkat dan keringkan .
  • Pecahkan batu bata kepada saiz besar , sederhana dan kecil mengkut kesesuaian pasu .
  • Letakkan pecahan yang besar di dasar pasu , kemudian pecahan sederhana di atasnya dan yang kecil di permukaan .
  • Letakkan pokok orkid di atas permukaan pasu . *Tak perlu timbus akarnya . Anda boleh gunakan kayu untuk menyokong pokok orkid yang tinggi .

* pangkal pokok orkid yang dikenali sebagai simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak .


Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid


2- Pecahan Arang


Arang mudah didapati di kedai runcit . Penggunaan pecahan arang merupakan media penanaman orkid yang popular . Pecahan arang digunakan untuk menanam pokok orkid jenis epifit dan pokok orkid memanjat . Dicampurkan juga dengan pecahan batu bata .

Kaedah menggunakannya adalah seperti berikut :
  • rendamkan arang semalaman untuk membuang garam .
  • siram arang menggunakan aliran air 
  • pec-pecahkan arang

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

3- Sabut Kelapa


Sabut kelapa digunakan untuk orkid jenis memanjat . Serbuk kayu boleh diletakkan di dalam pasu atau batas . Serbuk kayu boleh juga digunakan sebagai campuran bersama arang , pecahan batu , pecahan pasu dan perlite .

Kaedah menggunakannya :
  • Rendam serbuk kayu di dalam racun kulat semalaman . Selepas itu , angkat dan keringkan .
  • masukkan serbuk kayu ke dalam bekas tanaman
  • letak orkid di atas serbuk kayu . Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah , campur serbuk kayu dengan tanah pasuan supaya dapat bekalkan bahan organik .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

4-Perlite


Perlite boleh dicampurkan dengan tanah pasuan supa sistem saliran dan pengudaraan tanah menjadi lebih baik . Perlite sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup di tanah . Perlite membantu mengurangkan risiko penyakit disebabkan disiram terlalu kerap .

Kaedah menggunakannya :
  • siram perlite dengan air supaya basah sebelum menggunakannya . 
  • masukkan perlite ke dalam pasu hingga penuh .
  • letak orkid diatasnya . boleh juga dimasukkan akar orkid ke dalamnya 
  • boleh meletakkan kayu sebagai sokongan utuk orkid jenis tinggi dan besar .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

5- Sphagnum Moss


Sphagnum moss digunakan untuk menanam orkid genus phalaenopsis di dalam pasu . Sphagnum moss berguna untuk mengekalkan kelembapan untuk jenis orkid tidak berbawang .

Kaedah menggunakannya :
  • Rendam sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman . Angkatdan biarkan sehingga ia terasa lembap .
  • Isi ke dalam pasu atau boleh juga tampalkan pada tunggul kayu .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

6- Batang Paku Pakis Gajah


Batang paku pakis gajah dapat menyimpan air dengan lebih lama dan dapat elak kesan buruk siraman yang berlabihan . Batang pokok paku pakis gajah sesuai untuk tanam orkid secara gantung .

Kaedah menggunakannya :
  • potong batang paku pakis gajah sesuai dengan pokok orkid .
  • Letakkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali .


Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

7- Tunggul Kayu


Tunggul kayu sesuai digunakan untuk tanam orkid secara gantung . Teknik menggunakannya sama seperti batang paku pakis gajah dan boleh meletakkan sedikit sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas disiram .

8- Dahan Tembusu


Potong dari dahan tembusu sangat sesuai untuk tanaman orkid dari keluarga Buibophyllum dan Phalaenopsis kerana menjadikan orkid ini sepat hidup satbil .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

9- Tanah Campuran


Tanah campuran sangat sesuai untuk orkid yang hidup di atas tanah . Tanah campuran ini mengandungi kompos , perlite dan sekam padi dengan kadar nisbah 1 : 1 : 1 . Tanah campuran ini memudahkan pengairan dan pengdaraan kepada akar orkid .

10- Tiada Medium


Tiada medium bermakna orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang bahan seperti arang atau lainnya . Tetapi orkid perlu kerap disiram . Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk menanam orkid jenis vanda .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

Penyediaan persekitaran hidup orkid


Orkid seperti  tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan  penyediaan  teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.

a.      Rumah teduhan

Teknik ini amat popular  dikalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan. Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat  beberapa jenis untuk pilihan penanam.

b.      Tanaman bersama pokok teduhan

Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok  di taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid atau diintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.


Resepi Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah | Kek chiffon kita dah biasa dengar malah ada yang sudah biasa buat . Jadinya , bukan susah nak buat kek chiffon Hokkaido pula . Kelainan kek chiffon dengan kek chiffon Hokaido adalah cream ditengahnya .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah


Pernah buat kek chiffon Hokkaido ? 
Macam tak pernah je kan sebab dari Jepun .
Nak tahu macma mana cara nak buat kek chiffon Hokkaido ,
 jom tengok langkah-langkah pembuatannya di bawah .

Bahan-bahan dan cara membuatnya :


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

4 biji telur. Asingkan putih dan kuning telur .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Campur dengan 4-5 sb gula halus atau gula caster.dan 1 sk esen vanilla. 
Kacau bagi rata je. 
Guna senduk kayu atau spatula.


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Ok jadi camni


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Putih telur tadi campur dengan 5 sb gula halus dan 1 sk cream of tartar atau 1sk jus lemon. 
Pukul sampai jadi meringue (bertanduk) dengan high speed.


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Haa ni cream of tartar.
 Fungsinya nak stablekan putih telur yang kita pukul tu .
Cream of Tartar (serbuk krim tartar) - garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukul dan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Sementara tu kita ayak 1/2 cwn tepung gandum, 
1/2 sk baking powder,
2 sb tepung jagung dan 
1/2 sk garam.


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Ok lebih kurang dalam 7-8 minit .
putih telur kita dah bertanduk (meringue) nampak tak ...
dah ada tanduk kira ok dah ni


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Balik pada kuning telur tadi, masukkan 1/2 cwn susu cair atau susu segar.
Kacau rata .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Masukkn jugak 1/4 cwn minyak masak/minyak sayur atau 5sb minyak.
Kacau rata. ok siap .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Masukkn tepung yang diayak tadi .
masuk sikit-sikit dan kacau sampai tak berketul .
Guna whisk pun ok senang hancur tepung tuu .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Ok siap jadi camnii


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Kita masuk pula meringue,telur putih tadi sikit sikit .
 Kacau kaup balik perlahan-lahan ok.
Jangan kacau laju-laju nanti cair plak .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Ok camni kacau perlahan lahan je...
kaup balik guna senduk kayu pun boleh .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

ok jadi camni tau, tak cair dan tak pekat .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Oven panaskan 170 degree dalam 5-7 mnt. 
Ambil mangkuk kertas cupcake / muffin .
Isi adunan kek 3/4 penuh .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

ok jom masuk oven .
Bakar  selama 20-25 minit depend oven masing masing ye .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Jenguk sikit, 10 minit pertama, dah naik gebu .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Dah masak , keluarkan dari oven dan biar sejuk sekejap .
Kek chiffon memang akan turun sikit, jangan terkejut pula ya .



Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Fillingnya:


125 g cream cheese
3sb atau nak manis lebihkan gula icing
Mix sampai kembang .
Masukkan sedikit perahan lemon kalau nak masam .

2sb whipping /susu cair bagi filling leleh sedikit .
pilihan tak nak letak pun tak mengapa .
Mix sebati .
Masuk dalam piping beg , gunting pada hujung dan paip kan pada cupkek .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Cucuk tengah dengan gunting, pisau pun ok . Guna apa yang ada di dapur .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Filling cream cheese masuk piping beg gunting ujung die dan paipkan seperti diatas .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Paip sampai terkeluar creamnya .


Resepi  Hokaido Chiffon Cake Langkah Demi Langkah

Tadaa siap dah.
Tabur icing sugar, hias dengan buah segar.
tak ada buah pakai spinkles je .



Facebook : Azlina Ina





Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan