loading...

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid


Teknik Tanam Orkid | Saya sukakan orkid . Bila pokok bunga orkid dah keluarkan banyak anak , nak juga kita ambil dan cuba tanam di pasu yang lain. Selain mengembangbiakkan pokok orkid , koleksi pokok orkid juga akan bertambah .


Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

Orkid


Orkid merupakan tanaman yang asalnya hidup di hutan . Media tanaman semuajadinya adalah menumpang pokok lain selain hidup diatas tanah juga . Orkid yang mengandungi pelbagai spesis ini hidup dalam habitat masing - masing mengikut pelbagai jenis cuaca . 

Jenis Medium Untuk Tanam Orkid


Tanam orkid memerlukan beberapa teknik antaranya adalah menentukan jenis medium yang sesuai digunakan mengikut habitat asalnya . Jenis media ini bergantung kepada kesesuaian mengikut iklim asal penanaman anda . Berikut adalah penerangan ringkas tentang penggunaan media penanaman orkid .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

1- Pecahan Batu Bata


Pecahan batu bata merupakan media penanaman orkid yang popular kerana mudah didapati . Pecahan batu bata sangat sesuai untuk menanam orkid jenis memanjat dan orkid epifit . Selalunya pecahan batu bata ini dicampur sekali dengan pecahan arang . 

Sebelum menggunakan batu bata , apa yang perlu anda lakukan adalah :

  • batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman . Selepas itu , angkat dan keringkan .
  • Pecahkan batu bata kepada saiz besar , sederhana dan kecil mengkut kesesuaian pasu .
  • Letakkan pecahan yang besar di dasar pasu , kemudian pecahan sederhana di atasnya dan yang kecil di permukaan .
  • Letakkan pokok orkid di atas permukaan pasu . *Tak perlu timbus akarnya . Anda boleh gunakan kayu untuk menyokong pokok orkid yang tinggi .

* pangkal pokok orkid yang dikenali sebagai simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak .


Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid


2- Pecahan Arang


Arang mudah didapati di kedai runcit . Penggunaan pecahan arang merupakan media penanaman orkid yang popular . Pecahan arang digunakan untuk menanam pokok orkid jenis epifit dan pokok orkid memanjat . Dicampurkan juga dengan pecahan batu bata .

Kaedah menggunakannya adalah seperti berikut :
  • rendamkan arang semalaman untuk membuang garam .
  • siram arang menggunakan aliran air 
  • pec-pecahkan arang

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

3- Sabut Kelapa


Sabut kelapa digunakan untuk orkid jenis memanjat . Serbuk kayu boleh diletakkan di dalam pasu atau batas . Serbuk kayu boleh juga digunakan sebagai campuran bersama arang , pecahan batu , pecahan pasu dan perlite .

Kaedah menggunakannya :
  • Rendam serbuk kayu di dalam racun kulat semalaman . Selepas itu , angkat dan keringkan .
  • masukkan serbuk kayu ke dalam bekas tanaman
  • letak orkid di atas serbuk kayu . Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah , campur serbuk kayu dengan tanah pasuan supaya dapat bekalkan bahan organik .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

4-Perlite


Perlite boleh dicampurkan dengan tanah pasuan supa sistem saliran dan pengudaraan tanah menjadi lebih baik . Perlite sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup di tanah . Perlite membantu mengurangkan risiko penyakit disebabkan disiram terlalu kerap .

Kaedah menggunakannya :
  • siram perlite dengan air supaya basah sebelum menggunakannya . 
  • masukkan perlite ke dalam pasu hingga penuh .
  • letak orkid diatasnya . boleh juga dimasukkan akar orkid ke dalamnya 
  • boleh meletakkan kayu sebagai sokongan utuk orkid jenis tinggi dan besar .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

5- Sphagnum Moss


Sphagnum moss digunakan untuk menanam orkid genus phalaenopsis di dalam pasu . Sphagnum moss berguna untuk mengekalkan kelembapan untuk jenis orkid tidak berbawang .

Kaedah menggunakannya :
  • Rendam sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman . Angkatdan biarkan sehingga ia terasa lembap .
  • Isi ke dalam pasu atau boleh juga tampalkan pada tunggul kayu .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

6- Batang Paku Pakis Gajah


Batang paku pakis gajah dapat menyimpan air dengan lebih lama dan dapat elak kesan buruk siraman yang berlabihan . Batang pokok paku pakis gajah sesuai untuk tanam orkid secara gantung .

Kaedah menggunakannya :
  • potong batang paku pakis gajah sesuai dengan pokok orkid .
  • Letakkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali .


Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

7- Tunggul Kayu


Tunggul kayu sesuai digunakan untuk tanam orkid secara gantung . Teknik menggunakannya sama seperti batang paku pakis gajah dan boleh meletakkan sedikit sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas disiram .

8- Dahan Tembusu


Potong dari dahan tembusu sangat sesuai untuk tanaman orkid dari keluarga Buibophyllum dan Phalaenopsis kerana menjadikan orkid ini sepat hidup satbil .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

9- Tanah Campuran


Tanah campuran sangat sesuai untuk orkid yang hidup di atas tanah . Tanah campuran ini mengandungi kompos , perlite dan sekam padi dengan kadar nisbah 1 : 1 : 1 . Tanah campuran ini memudahkan pengairan dan pengdaraan kepada akar orkid .

10- Tiada Medium


Tiada medium bermakna orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang bahan seperti arang atau lainnya . Tetapi orkid perlu kerap disiram . Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk menanam orkid jenis vanda .

Jenis Medium Yang Digunakan Untuk Tanam Orkid

Penyediaan persekitaran hidup orkid


Orkid seperti  tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan  penyediaan  teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.

a.      Rumah teduhan

Teknik ini amat popular  dikalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan. Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat  beberapa jenis untuk pilihan penanam.

b.      Tanaman bersama pokok teduhan

Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok  di taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid atau diintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan