Featured
loading...

Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan



Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan | Sardin merupakan makanan dalam tin sama ada ikan ataupun sotong . Pelbagai jenama sardin di pasaran . Jenis ikan yang dijadikan sardin adalah ikan tuna dan makarel sama ada bersaiz besar dan juga kecil . Ikan dan sotong ini dimasak bersama sos tomato sehingga tulang ikan menjadi lembt sebelum ditinkan .


 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan


Bulan ramadhan ataupun puasa selalunya memerlukan sajian yang ringkas sebagai pembuka selera . Ini kerana masa yang suntuk untuk menyediakannya . Petang ini , apa kata anda cuba resepi sardin gulung ramadhan yang ringkas ini tetapi tetap menyelerakan untuk dimakan .

Berikut adalah proses menyediakannya .

 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan


Bahan Membuat Kulit 



2 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerin/butter
Sikit garam
Air sejuk dari peti ais 


Caranya: 





Gaul sikit garam dengan tepung gandum. Pastu masuk marjerin dan gaul rata dengan tangan sampai jadi serbuk roti. Masukkn air sikit-sikit sampai doh tak lekat di tangan, tapi jangan terlalu lembik atau keras. Rehatkan kejap doh dalam 15 minit. Tutup dengan kain bersih.

* 1 adunan doh boleh dapat dlm 16-17 biji sardin roll

 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

Bahan Inti



1 tin sardin

Bwg merah
Garam
Gula
Jus limau 


Caranya:


Tumis bawang merah potong dadu /mayang halus sampai naik bau dan kekuningan. Masuk sardin kacau kejap. Masuk sikit garam, gula ,jus limau. Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering , masak api perlahan.


 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

Ambik doh tadi dan bulat2 kan kecil dan canai nipis 
*1 adunan doh boleh dapat dalam 16-17 biji sardin roll


 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

Letak sikit inti sardin dan kelarkn sikit maacm dalam gambar .


 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

Dan gulung perlahan dan ketat, tutup bahagian tepi dengan picit sikit dengan tangan .


 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

dah boleh digoreng .


 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

Goreng dengan api sederhana. jangan kuat nak elak gelembung .


 Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan

Agak kuning dan garing boleh angkat .



Psiko Suami Liat Berpuasa



Psiko Suami Liat Berpuasa | Ramadhan sudah seminggu berlalu . Maknanya , kita sudah membiasakan diri bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur untuk keluarga . Mudah - mudahan yang berpuasa itu nanti lebih istiqamah untuk menunaikan ibadah dan bukan kerana pesta makanan di bazar ramadhan serta buffet hotel dan restoran .

Psiko Suami Liat Berpuasa

Psiko Suami Liat Berpuasa


Rasa - rasanyalah ada lagi tak lelaki / suami yang liat puasa ? Tak mustahil kalau ada kan ! Memang ada sebab Chinta dah nampak dengan mata kepala Chinta sendiri . Chinta cuma boleh geleng kepala je . Okeylah . Now ada tips untuk bimbing suami yang liat sangat nak puasa nih ... antaranya :

1. Kenal pasti punca . 

Mungkin ibu bapa suami ni dulu tidak paksa dia berpuasa sejak dia kecil lagi . Jadi bila dah dewasa , dia rasa susah nak bila tiba - tiba mesti puasa .

2. Si isteri perlu bijak mengatur strategi . 

Jangan paksa . Macam suruh anak - anak belajar berpuasa . Belajar berpuasa secara berperingkat , perlahan - lahan . Apatah lagi kalau suami tu baru saja kenal Islam .

3. Nasihat si suami secara bijaksana . 

Kalau boleh jangan  sampai teguran isteri tu menaikkan kemarahan si suami lah . Beritahu tentang kewajipan berpuasa tu dengan cara diplomasi . Sama ada dia menerima atau tidak , sekurang - kurangnya si isteri sudah berusaha menasihatinya .

4. Guna Psikologi

Kalau masih tak jalan gak , mungkin isteri boleh guna strategi whatsapp guna ayat yang baik - baik , memuji , beri perangsang supaya suami sedar tentang keperluan menjalankan tanggungjawab  berpuasa .

5. Sediakan Hidangan Kegemaran

Si isteri boleh umpan suami dengan menu berbuka dan bersahur yang disukai suami sambil berdoa semoga Allah memberi rahmat dan membukakan pintu hati suami untuk berpuasa .

6. Sahur Pada Waktu Kecemasan

Cuba kejutkan suami pada waktu yang agak lewat untuk bersahur anggaran setengah jam sebelum imsak . Biasanya lelaki ni memang liat sikit bila suruh bangun sahur . Mungkin juga si isteri boleh bawakan makanan / minuman ke tempat tidur suami .

7. Berdoa 

Sekiranya semua usaha kat atas ni tak berjaya , berdoalah pada Allah agar di beri kekuatan untuk membimbing suami , sentiasa cari peluang untuk beri galakan / dorongan agar suami dapat lakukannya satu hari nanti .


Sabar Menangani


Sama ada anak - anak ataupun suami , para isteri dan ibu perlu sabar untuk mentarbiahkan mereka supaya berpuasa . Sudah tentu bukan mudah . Kalau dah biasa tak puasa , memang rasa seksa bila berpuasa . Niat kerana Allah dan tawakkal , insha Allah dipermudahkan oleh Nya .


Resepi Biskut Walnut Almond Snow


Resepi Biskut Walnut Almond Snow  | Bile gigit biskut Walnut Almond Snow ni rangup kekacang dan lemak berkrim coklat . Selalu makan dan suka makan Biskut Walnut Almond Snow kan tapi tak tahu nak buat . Jom kita buat Biskut Walnut Almond Snow follow step di bawah .


Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Cawan penyukat .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Buttercup 1 buku 250g

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Tambah 1 cawan gula halus
 lagi bagus amik gula kasar blend dan sukat 1 cawan
kacau bagi rata.  Tak yah gune mixer pon tak ape .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

masukkan 1 biji kuning telor dan kacau guna senduk butter .
biarkan suhu bilik .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

1/2 cawan susu tepung ( apa-apa jenama pun boleh )

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

badam nip dan walnut sangan dulu dan sejukkn..
nak gune kacang lain pon boleh .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

3 jenis tepung
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung custard
3 1/4 cawan tepung gandum cap ros

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

1 sb emplek atau perangup biskut .
kalau tak hado ganti dengan 1 sb tepung beras .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Satukan ketiga-tiga tepung
Serta susu tepung dan emplek 
 kacau rata.

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Ok bebalik bahan yang kite kacau tadi .
masukkan kacang walnut dan badam nipps cincang tadi .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Ok dah kacau baru masuk sikit-sikit tepung-tepung yang bersatu tadi .
Masukkan sikit-sikit sehingga doh tak melekatdi tangan .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Doh dah sedia untuk dicetak .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Amik sedikit doh dan gelek .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

potong-potong cenggitu .
tak yah cetak-cetak bagai 

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Susun atas tray yang disapu butter.
panas kan oven dan bakar api atas bawah suhu 170 masa 25 minit .
atau smpai nampak kekuningan .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

dah sejuk alihkan dalam bekas .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Proses menyalut

Gune coklat masakan ape-apa jenama ( yang sedap beryls dan serbone )
Dan coco butter atas gambar coklat tu fungsi die untuk bagi coklat cair dan tak likat 
so senang nak celup atau boleh ganti shortening

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Cair kan double boil 
sukatan die 250g atau dalam 1 blok coklat 2 sb cocoa butter
Celup kan biskut

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

gune penyepit ikan lebih mudah .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

 yang dah dicelup coklat tadi letak atas serbuk roti golek kan je .

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Resepi Biskut Walnut Almond Snow

Facebook : Azlina Ina

Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran | Puasa sudah masuk minggu kedua . Pada ketika ini persiapan awal seperti langsir , perabot , baju raya untuk sambut Syawal selalunya sudah dilakukan . Konsep apa yang dipilih uuk tahun ini juga sudah ditentukan .

Kepada anda yang masih belum mendapat ilham untuk penggayan langsir raya , imej-imej berikut akan dapat membantu anda memudahkan mencari inspirasi pilihan langsir sesuai dengan warna dan konsep hiasan rumah yang telah anda pilih.


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran

Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Penggayaan Langsir Ringkas Untuk Lebaran


Resepi Ringkas Ramadhan Ayam Masak Merah Meletop !


Resepi Ringkas Ramadhan Ayam Masak Merah | Ayam boleh dimasak dalam pelbagai resepi . Resepi masakan ayam yang biasa dimasak adalah ayam goreng , ayam masak kicap , ayam masak sambal , ayam masak kari , ayam masak kurma , ayam percik dans sebagainya . 


Resepi Ringkas Ramadhan Ayam Masak Merah Meletop !


Kali ini kita cuba resepi ayam masak merah pula yang berlainan sikit resepinya dengan yang sedia ada . Kalau anda sudah bersedia , berikut adalah resepi dan cara membuatnya .

Bahan utama 


8 ketul ayam digoreng separuh masak letak tepi .

Bahan- untuk dikisar  


3 senduk Cili kisar
1 bijik bawang besar
1 bijik bawng putih
1 bijik carrot
Buah pelaga, kayu manis dengan bunga lawang untuk tumis
1 daun limau purut

cara-cara membuatnya  




Tumis buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dengan daun limau purut . dah naik bau, masukan bahan-bahan kisar tadi. masak sampai pecah minyak. perasakan dengan garam. last , masukan ayam. siap.



Facebook : Asmiera Cik As



Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan



Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan | Walaupun dalam Islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan.



Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan


Tips Menyusukan Di Bulan Ramadhan

Memandangkan kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan, berikut dikongsikan tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi sepanjang ramadhan . Selain itu, tips ini juga boleh diguna oleh ibu hamil dan semua yang berpuasa juga, insyaAllah.
.

1- Niat


2- Jangan tinggalkan sahur


Jangan skip sahur. Bonda pernah termiss makan sahur. MasyaAllah, gigihnya puasa selepas itu hanya Allah yang tahu. Jadi PERLU bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat . Dapat tenaga dapat juga pahala.

3- Banyakkan minum air 


Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum.  Sukat guna botol air mineral besar. Pastikan dapat minum 2 setengah botol sehari. Ibu-ibu boleh minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.


4- Makan banyak kurma. 


Bersahur dengan 3 biji kurma sekurangnya. Berbuka pun 3 biji kurma. Kurma terbukti banyak khasiat dan tenaga. Sunnah juga

5- Banyakkan Makan Sayuran Dan Buahan


Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Buahan dan sayuran mampu beri khasiat dan tenaga pada badan. Cuba elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

6- Makan Nasi


Sahur dan berbuka perlu makan nasi. Nasi jadi sumber karbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula. Ambillah walau sedikit.

7-Milk Booster


Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Milk booster yang biasa adalah tamar dan koko. Mesti minum panas waktu sahur dan buka. Alhamdulillah, berkesan. Ada tenaga. Oh ya, minum air suam juga memberi tenaga sepanjang berpuasa.

8- Supplement


Jika perlu, ambil supplimen untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa. 


9- Zikir Dan Selawat


Sentiasa berfikiran positif serta ceria. Berpuasa dan menyusukan memang sukar. Tapi kita yang mengawalnya dengn bantuan Allah dan suami. Banyakkan berzikir Ya Wahab , Ya Matin dan elakkan tekanan. Tekanan boleh ganggu produksi susu dan enzimnya .


Resepi Ringkas Ramadhan : Nasi Daging Utara



Resepi Ringkas Ramadhan : Nasi Daging Utaqha | Sesekali dalam bulan ramadhan terutama di hujung minggu , ingin juga asak menu yang lebih lengkap . Ini disebabkan masa yang banyak untuk memasak dan juga kegairahan untuk menjamu keluarga berbuka puasa dirumah . Apa kata kali ini mencuba pula resepi nasi utara .



Resepi Ringkas Ramadhan : Nasi Daging Utaqha


Resepi Ringkas Ramadhan : Nasi Daging Utara 



Resepi Nasi daging utara lebih kurang sama dengan resepi nasi minyak , nasi tomato , nasi hujan panas dan lainnya .
Yang membezakan nasi daging utara dengan lainnya
adalah penggunaan tomato , daging , pewarna .
Untuk penjelasan lebih lanjut ,
berikut adalah langkah-langkah membuat nasi daging utara yang mudah dan sedap .


Resepi Ringkas Ramadhan : Nasi Daging Utara


Bahan-bahan :


4 pot Beras Brasmathi cucu dan toskan



Resepi Ringkas Ramadhan : Nasi Daging Utara

1kg Daging Batang Pinang ( Rebus dgn halia dan ketepikan )
Daging bahagian batang pinang, rebus dgn halia.. sampai lembut.


1/2 tin susu sejat

Bahan tumis

3sudu minyak sapi
1pek rempah kurma
1 bijik bawang besaq (hiris nipis mcm nak makan laksa)
2 bijik bawang putih (cincang)
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dengan buah pelaga
1 helai daun pandan
2 bijik buah tomato (potong dadu)
1 kiub sup daging
Daun ketumbar


Resepi Ringkas Ramadhan : Nasi Daging Utara

Cara- cara membuatnya :

1- Onkan periuk tekanan noxxa tetapkan pada stir .. 
2- masukan minyak sapi, 
3- masukan bahan2 tumis kecuali tomato dan daun pandan.. 
4- dah naik bau masukan rempah kurma.. bila rempah dh masak masukan beras dan gaul sebati..
5- masukan susu, air rebusan daging ikut sukatan beras, daun pandan, tomato dan masukan separuh daging rebus td.. 
6- last masukan kiub.. dan daun ketumbar yg di potong panjang-panjang
7- gaul sebati , tutup periuk dan tekan high presure 4 minit (if 4 pot beras) ikut pot. pastu biar la sampai masak. 


Bagi yang guna rice cooker biasa, sama jugak. tumis bahan-bahan dalam rice cooker pun boleh, atau atas dapor biasa dulu then last masuk dalam rice cooker. set masak macam nasi biasa saja .



Facebook : Asmiera Cik As



Cara Mudah Solat Terawih Dan Witir Di Rumah Untuk Perempuan


Cara Mudah Solat Terawih Di Rumah Untuk Perempuan | IBU yg ada anak kecil dan IBU yg siangnya bekerja, malam SAMBUNG kerja rumah pula. Jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Mudahnya nak beribadah. Jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. Di rumah pun boleh 

● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid. Kusyuk entah ke mana.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu. 



Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:


Cara Mudah Solat Terawih Dan Witir Di Rumah Untuk Perempuan


Solat Sunat Terawih 


● Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Setiap 2 rakaat disudahi dengan salam .

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


Solat Sunat Witir


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Solat sunat witir hanya ada di bulan Ramadhan . Rugi kalau tak buat . Jangan lepaskan peluang .

Mudah kan? Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik. kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat ya, Inshaallah .


Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan