Featured
loading...

Tepukan Mudah Untuk Keluarkan Kahak Bayi


Tepukan Mudah Untuk Keluarkan Kahak Bayi | Bayi merupakan insan kecil yang masih taidak tahu apa yang mereka alami . Bila sesuatu berlaku pada mereka atau mereka merasa tidak selesa , mereka akan menyampaikannya melalui tangisan . Ini bermakna , bila bayi anda menangis , maka ada sesuatu yang berlaku pada bayi anda .

Tepukan Mudah Untuk Keluarkan Kahak Bayi

Tepukan Mudah Untuk Keluarkan Kahak Bayi


Apabila bayi mendapati ada kahak di tekaknya , sudah tentu dia tidak tahu untuk mengeluarkannya . Sebagai ibu , anda perlu peka dan tahu teknik untuk keluarkan kahak pada bayi . Antara teknik tersebut adalah :

1- Baringkan Bayi Dalam Kedudukan Sisi


Tujuan mengiringkan bayi adalah untuk melonggarkan kahak bahagian belakang dan sisi kanan dan kiri paru-paru . Pastikan bayi dalam kedudukan selesa .

2- Tiarapkan Bayi Di Atas Bantal


Bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal atau kain di bawah perut . Pastikan ia tidak terlalu tebal . Kemudian condongkan sedikit kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas . Pastikan kaki lurus . Tujuan teknik ini adalah merujuk bahagian belakang kedua-dua bahagian paru-paru .

3- Dukung Bayi


Bayi didukung dengan sebelah tangan meyokong badannya , sebelah tangan lagi untuk menepuk bahagian belakangnya . Teknik ini sesuai dilakukan jika bayi masih menangis .


4- Tiarapkan Bayi Di Atas Riba 


Sebelum melakukan teknik ini , pastikan sebelah peha anda berada diatas peha satu lagi . Kedudukan kepala bayi mestilah condong ke bawah , kaki di atas dan keadaan kaki adalah lurus .


5- Duduk Di Atas Peha Dengan Badan Membongkok Ke Depan


Tujuan teknik ini dilakukan untuk melonggarkan kahak di bahagian belakang dan atas paru-paru . Tepukan dilakukan dibahagian kanan dan kiri belakang bayi .




Resepi Ringkas Buat Air Jelly Limau Kasturi Yang Segar


Resepi Ringkas Buat Air Jelly Limau Kasturi Yang Segar | Limau kasturi memiliki khasiat yang hampir sama dengan lemon , limau nipis dan limau purut . Tetap memliki Vitamin C dan rasa yang masam . Oeh sebab itu , limau dapat mencegah kita dari mendapat demam dan selsema .



Resepi Ringkas Buat Air Jelly Limau Kasturi Yang Segar

Resepi Ringkas Buat Air Jelly Limau Kasturi Yang Segar


Selain digunakan dalam sambal belacan dan sambal lainnya , limau kasturi juga sedap dibuat minuman seperti menjadi campuran dalam koktail , teh limau ais , air limau asam boi dan sebagainya . Mari kita cuba pula resepi Jelly Limau Kasturi .

Bahan-bahannya :


1 peket agar-agar cap burung layang-layang (white colour)
3 liter air
1 kg gula pasir
1 tin buah-buahan campuran dalam tin
20 biji limau kasturi
ketulan ais



Cara Membuatnya :


1- Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2- Setelah agar-agar larut , masukkan gula , biarkan sampai ia mendidih.
3- Setelah didih tutup api dan tuangkan dalam bekas atau loyang.
4- Setelah sejuk dan mengeras, dicincang-cincang halus.
5- Letakkan dalam bekas kaca besar, campurkan dengan buah-buahan campuran. Letakkan ais, perahkan limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tersebut. Siap untuk dihidangkan dingin.



Sumber kredit to: Azitamasammanis.blogspot


PAP SMEAR Cegah Kanser Serviks



Seks Pada Usia Muda Jebak Kanser Serviks | Berdasarkan maklumat , sebelum 2000 , kebanyakan wanita Malaysia mendapat kanser serviks dalam usia 50 tahun . Tetapi kini masalah kanser sevik menjadi lebih kronik kerana seawal usia 25 tahun , wanita Malaysia mula diancam dengan penyakit merbahaya ini .

Ini adalah disebabkan keterbukaan dan gaya hidup masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini lebih terdedah pada perlakuan seks pada usia yang lebih muda sehingga menyebabkn carta penyakit kanser serviks semakin melonjak . 


PAP SMEAR Cegah Kanser Serviks

Kanser Serviks


Kanser serviks merupakan kanser yan berlaku pada bahagian pangkal rahim . Rahim merupakan bahagian tubuh yang amat penting kepada seseorang wanita kerana ia merupakan bahagian badan yang membolehkan janin berkembang . Servik atau pangkal rahim terletak berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj .


Kanser Servik Bertindak


Di dalam kanser servik, sel-sel di servik bertindak secara tidak normal dan sel-sel ini terus membesar dan membentuk satu benjolan atau tumor . Jika tidak dirawat , sel-sel kanser ini boleh merebak ke bahagian-bahagian lain melalui sistem darah atau limfa .

Walaupun kanser servik mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk berkembang , seseorang wanita tidak seharusnya memandang remeh kerana penyakit ini amat berbahaya dan perlu dicegah pada peringkat awal .

Biasanya pesakit kanser servik yang datang mendapatkan rawatan doktor telah berada pad tahap kronik dan boleh membahayakan nyawa . 


Gejala Dan Tanda-tanda


  • Lelehan faraj berair dan berbau busuk
  • Lelehan faraj dan keputihan adalah perkara normal bagi wanita . Tetapi sekiranya lelehen faraj berbau busuk , terdapat keputihan berlebihan ,dan masalah ini berpanjangan , ia merupakan tanda-tanda munculnya penyakit kanser servik .
  • Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks
  • Pendarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks 
  • Jika mendapati ada tanda sebegini dinasihatkan merujuk kepada doktor kerana pendarahan yang berlaku mungkin merupakan gejala kanserr servik atau ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan keseimbangan hormon .
  • Sebarang pendarahan dari faraj selepas putus haid .

Faktor Risiko 

  • Tabiat seks seseorang wanita 
  • Aktiviti seks bermula pada usia yang lebih muda 
  • Mempunyai pasangan seks yang ramai
  • Agen jangkitan seperti jangkitan virus ' Human Papilloma ' .
  • Kebersihan diri tidak memuaskan 
  • Tabiat menghisap rokok

PAP SMEAR Cegah Kanser Serviks

PAP SMEAR Cegah Kanser Serviks


Bagi mencegah dan merawat kanser servik lebih awal , setiap wanita digalakkan melakukan ujian PAP SMEAR lebih awal terutama bagi wanita yang aktif melakukan seks atau melakukan seks pada usia muda . Ujian ini sangat mudah , tidak mengambil masa yang lama dan tidak menyakitkan . 


PAP SMEAR


PAP SMEAR adalah sejenis ujian yang dijalankan untuk mengesan penyakit kanser servik . Sel-sel akan diambil secara berhati-hati dari permukaan servik dan diletakkan di atas slaid kaca untuk dihantar ke makmal bagi menjalankan pemeriksaan mikroskopik .

Bagi seorang wanita yang normal , ujian menunjukkan sel-sel adalah normal sepenuhnya . Bagaimanapun bagi wanita yang berisiko menghadapi kanser servik , ujian menunjukkan kesan sel-sel yang tidak normal dan ia mungkin menunjukkan peringkat awal kemunculan kanser . Apabila ini terjadi , ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan .

Tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya terdapat sebarang keluarbiasaan pada keputusan ujian di mana seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya .

PAP SMEAR perlu dijalani wanita berusia 25 tahun hingga 65 tahun yang aktif melakukan seks atau pernah aktif melakukan seks . Seelok-eloknya , ujian PAP SMEAR dilakukan 3 tahun sekali .

Masa terbaik untuk menjalani ujian ini adalah pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid 



Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah


Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah | Berdasarkan kajian , ketam merupakan makanan laut yang mengandungi lemak paling tinggi . Ketam juga dikatakan ubat mujarab kepada demam denggi . Rasanya yang manis menyebabkan ramai orang suka menjadikannya sup .


Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah


Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah 


Untuk menyediakan Ketam Masak Butter Telur Masin , banyak langkah perlu dilakukan walaupun bahannya nampak mudah sahaja .


Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah

Proses Penyediaan Ketam

ketam
tepung jagung
garam

1- Mula-mula bersihkan ketam dulu lah, buang rambut-rambutnya. 
2- Tanggalkan kulitnya, sayang tu telur-telurnya kalau dibuang. 
3- Lepas tu lumurkan ketam dengan tepung jagung dan sedikit garam. 
(Garam ni perlu untuk mengelakkan isi ketam ni melekat dikulitnya)
4-Ggoreng la ketam tu dalam minyak yang banyak .
 ( jangan terlalu masak , nanti hilang rasa manis ketam )


Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah

Sediakan bahan-bahan tumis . 


Bawang putih , cili padi dihiris halus  
daun kari
Susu cair  
butter
( cili padi ni ikut kita la mau letak sikit atau banyak )

* Sebelum itu rebus telur masin kuantiti ikut suka kita. 
( Kalau mau lebih sedap , lebihkan telur masin.) 
Saya gunakan 4 biji telur masin. 

* Ambil kuning telur masin dan kisarkankan dengan susu cair. 


Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah

Begini lah rupanya sebelum kita masukkan susu cair.

Cara Membuatnya :


1- Sediakan kuali untuk menumis, 
2- masukkan butter menggantikan minyak. 
3- Setelah minyak panas masukkan daun kari terlebih dahulu. 
4- Bila daun kari agak garing masukkan bawang putih dan cili padi. 
5- Bila sudah naik bau , masukkan susu cair yang sudah diblend dengan kuning telur dan perasakan .


Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah

6- Masukkan ketam yang sudah digoreng tadi. 
Gaul jangan berhenti.. 
kalau mau lebih kering tumiskan lama sedikit tapi kalau mau sedikit berkuah.. 
7- Agak-agak sudah pekat kuah tu matikanlah api.


 (Resepi ni boleh digunakan untuk udang atau pun ayam. 
Cuma kalau ayam biasanya tidak dicampur telur masin)


Facebook 



Risiko Jangkitan Chorioamnionitis Pada Kandungan


Risiko Jangkitan Chorioamnionitis Pada Kandungan | Ramai di kalangan ibu muda yang pertama kali hamil dilanda kerisauan sepanjang tempoh kehamilan mereka itu . Pelbagai cerita dan pengalaman semasa hamil wanita lain , penyakit yang melanda sepanjang tempoh kehamilan membuatkan ramai dikalangan ibu hamil sentiasa bimbang memikirkan risiko terhadap bayi dalam kandungan .

Risiko Jangkitan Chorioamnionitis Pada Kandungan

 Jangkitan Chorioamnionitis


Antara masalah yang dihadapi wanita hamil adalah jangkitan Chorioamnionitis . Chorioamnionitis merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada radang atau jangkitan pada bahagian lapisan dalam ( selaput ketuban yang merupakan sebahagian uri ) saluran air ketuban .

Kebiasaanya selaput ketuban dan air ketuban bertindak sebagai pelindung kepada janin daripada jangkitan luar . Sekiranya berlaku jangkitan terhadap selaput dan air ketuban , maka janin juga terdedah kepada jangkitan ini . 

Uri juga mengalami proses peradangan sehingga menyebabkan gangguan aliran darah ( dan oksigen ) kepada janin . Bakteria juga menghasilkan toksin tertentu sehingga menyebabkan keadaan bayi lemas dan kelahiran ( termasuk kelahiran pra-matang ) . Chorioamnionitis juga boleh merebak ke dalam aliran darah ibu dan menyebabkan septicaemia sehingga menyebabkan kelahiran dan serangan jangkitan teruk pada bayi .

Kekerapan


Berdasarkan laporan , jangkitan Chorioamnionitis biasanya berlaku dalam 1-2 peratus kehamilan sahaja . Ia lebih kerap didapati dalam kes kelahiran pra-matang .


Penyebab


Terdapat beberapa sebab terhadap jangkitan Chorioamnionitis ini . Kebanyakannya adalah disebabkan bakteria seperti penyakit Escherichia coli ( E.Coli ) . Penyebab lain adalah bakteria Group B streptococcus dan kulat Candida albicans ( jarang berlaku ) .

Chorioamnionitis juga boleh berlaku dalam keadaan yang menyebabkan kebocoran selaput ketuban dalam tempoh yang panjang , kebiasaannya melebihi 24 jam . Contohnya seperti berikut :

  • Air ketuban pecah sewaktu hampir bersalin ( sama ada dengan sendirinya ataupun melalui prosedur kelahiran ) . Mikroorganisma yang terdapat dalam faraj boleh masuk ke dalam rahim .
  • Prosedur tertentu sewaktu kehamilan seperti amniocentesis
  • Pemeriksaan faraj yang berulang kali ( tanpa sepatutnya ) 
  • Procedur tertentu melalui faraj ( seperti internal monitoring )

Simptom


Sama seperti simptom sesuatu jangkitan lain , ia dialami pada tahap yang berbeza-beza . Juga , tidak semua tanda-tanda ini dialami oleh seseorang . Antara simptom yang boleh dikaitkan dengan Chorioamnionitis adalah seperti :
  • Demam . Penyebab lain demam juga perlu dipastikan dahulu ( seperti jangkitan sistem pernafasan , demam denggi ) 
  • Perasaan berdebar-debar ( akibat denyutan jantung menjadi laju ) 
  • Rahim menjadi sakit dan mudah tegang ( sensitif terhadap sentuhan )
  • Kontraksi rahim lebih kerap dan sakit
  • Air ketuban berbau serta lebih hangat ( akibat demam ) . Warnanya juga berbeza daripada kebiasaan dan boleh bertukar menjadi kehijauan .

Pelbagai pertanyaan berlegar - legar diminda ibu-ibu hamil . Apakah yang boleh dilakukan apabila berhadapan simptom-simptom ini ? Bolehkah jangkitan Chorioamnionitis ini dihalang ?

Jika mengesyaki air ketuban sudah pecah , tindakan yang harus diambil adalah segera berjumpa doktor . Selain risiko Chorioamnionitis , air ketuban pecah juga boleh menyebabkan keadaan genting yang lain seperti abruption plasenta , cord prolapse ( tali pusat jatuh ) dan lain-lain . Seeloknya berjumpa doktor dengan awal tanpa menunggu sehingga keesokan paginya .

Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian lanjut . Antibiotik ( melalui saluran intravena ) juga akan dimulakan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran .

Kebiasaannya proses kelahiran akan dimulakan atau dipercepatkan bagi mengelakkan kompilasi teruk kepada ibu dan bayi .


Komplikasi Kepada Bayi


Kebiasaannya bayi selamat dilahirkan sebelum berlaku komplikasi teruk . Walau bagaimanapun , jika tidak dirawat , bayi boleh mengalami keadaan berikut :
  • Jangkitan paru-paru ( pneumonia )
  • Jangkitan sistem saraf otak sehingga menyebabkan meningitis dan kemudiannya cerebral palsy
  • Jangkitan darah ( sepsis )







Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC


Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC | Kerabu merupakan makanan / sayuran yang dicelur terlebih dahulu , kemudian dicampurkan dengan bahan - bahan mentah sebagai campuran . Selepas itu , diperasaka pula dengan sambal atau kelapa parut atau sekadar air limau dengan bahan perasa .

Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC

Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC


Sotong merupakan makanan laut yang mudah didapati .
Bagi yang mementingkan kesihatan , diet dan masakan yang ringkas ,
kerabu sotong sangat sesuai disediakan .

Berikut adalah bahan dan cara-cara menyediakan kerabu sotong .


Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC

bahan - bahan :


1. 10 ekor sotong sederhana besar (celur sekejap je & toskan)
2. bawang merah-di mayang
3. cili padi - potng kecik2..(klu nk pedas.. boleh lebih
4. 1 biji tomato - potong dadu
5. limau nipis 2 biji ambik air nye je
6. daun ketumbar- hiris halus
7. kicap sotong
8. 1 senduk cili paste...

(buat macam sambal biasa tapi letak belacan lebih sikit)


Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC

Potong dadu / hiris semua bahan seperti di atas .


Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC

cili kering..bawang putih..bawang merah..
belacan dan udang kering...
blander sampai halus...
tumis dengan api yang kecik sampai garing..


Resepi Ringkas Kerabu Sotong Semudah ABC

masukkan sotong dah di celur ke dalam bekas...
campurkan dengan kesemua bahan-bahan tadi...
tambah gula dan gaul sebati...
kalau suka masam-masam ..
boleh tambah lagi air limau nipis ye .


Facebook : Umi Nadia


10 Perubahan Isteri Hamil Yang Suami Perlu Tahu



10 Perubahan Isteri Hamil Yang Suami Perlu Tahu | Mengandung merupakan berita yang menggembirakan bagi pasangan suami isteri . Namun begitu , bagi isteri yang kali pertama melaluinya , tentunya banyak perubahan yang dirasakan . Walau bagaimanapun , semua keadaan itu ada cara untuk mengatasinya .


10 Perubahan Isteri Hamil Yang Suami Perlu Tahu


10 Perubahan Isteri Hamil Yang Suami Perlu Tahu


Banyak perubahan yang akan berlaku kepada ibu hamil . Tetapi para ibu hamil jangan gusar atau bimbang kerana ianya adalah perkara lazim bagi ibu hamil . Untuk mengetahui apakah perubahan itu dan bagaimana cara mengatasinya , berikut adalah panduannya :

1- Kulit Menjadi Gelap


Kulit gelap berlaku pada bahagian ketiak , celah peha dan leher disebabkan hormon estrogen yang meningkat .

2- Kaki Membengkak


Kaki membengkak disebabkan pertambahan darah dan saluran darah yang mengembang . Untuk mengatasinya , ibu hamil dinasihatkan untuk 

  • elak makan makanan masin
  • minum banyak air
  • tinggikan kaki semasa tidur 

3- Warna Payudara Berubah


Selain dari warna payu dara berubah , adakalanya puting juga merasa gatal-gatal . Ini disebabkan peningkatan hormon estrogen .

4- Mulut Kering Dan Berbau


Mulut ibu hamil menjadi kering dan bebau disebabkan alahan serta muntah yang kerap . Untuk menyegarkan bau mulut , ibuhamil boleh mengamalkan berkumur dengan air garam atau pun air lemon .

5- Tumbuh Jeragat


Apabila mengandung ,ibu hamil dinasihatkan supaya tidak memakai sebarang kosmetik pada wajah . Ini adalah untuk mengelakkan dari bahan kimia yang terdapat di dalam kosmetik memberi kesan kepada janin .

Oleh sebab itu , wajah mudah berjeragat bila kerap terdedah kepada cahaya matahari . Selain itu , perubahan hormon juga menyebabkan pigmentasi .

Untuk mengatasinya , ibu hamil dinasihatkan kurang berada di luar selain mengenakan payung untuk mengelak pancaran matahari . Rajinkan menggunakan lidah buaya / aloe vera sebagai masker pada wajah dan juga bedak sejuk .

6- Menjadi Pelupa


Gejala ' pregnancy brain ' ini adalah perkara lumrah bagi ibu hamil . Ini disebabkan kekurangan vitamin dan juga stress .

7- Keputihan


Keputihan yang dialami ibu hamil ada kalanya menjadi teruk sehingga menjadi kegatalan dan berbau . Ini disebabkan pertukaran hormon dan pertambahan aliran darah . Untuk elak sebarang jangkitan , kerap cuci bahagian sulit dengan air garam dan juga limau dan tukar seluar dalam dengan lebih kerap .

8- Kerap Kencing


Apabila kandungan semakin membesar , maka ianya akan menekan pundi kencing , Keadaan itu menyebabkan ibu hamil merasa mahu buang air lebih kerap .


9- Mudah Penat


Kandungan yang besar menyebabkan tekanan pada ruang pernafasan . Banyakkan berehat dan elakkan dari membuat banyak kerja , melakukan kerja-kerja berat dan melakukan kerja dengan terburu-buru .


10- Kejang Otot


Kekurangan nutrisi dan cairan akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot . Untuk mengatasinya , banyakkan minum air , tambah kalsium dalam menu hidangan seharian .




Resepi Ringkas Cara Mudah Buat Apam Balik Yang Terlajak Sedap


Resepi Ringkas Cara Mudah Buat Apam Balik Langkah Demi Langkah | Apam balik merupakan makanan jalanan yang mudah didapati . Apam balik merupakan apam yang di isi inti tertentu . Apam balik yang memiliki saiz yang agak besar , mengenyangkan walaupun hanya makan sekeping sahaja .


Resepi Ringkas Cara Mudah Buat Apam Balik Yang Terlajak Sedap

Resepi Ringkas Buat Apam Balik Yang Terlajak Sedap


Kalau sebelum ini kita sudah biasa membelinya digerai , kali ini , apa kata kita belajar buat sendiri apam balik yang terlajak sedap itu . Berikut adalah resepi apam balik yang boleh dijadikan panduan .

Bahan-bahannya :


2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Kalau nak buat apam balik pandan tambah 2 sb pes pandan.



Caranya:

1- Blendkan semua bahan sehingga sebati 
2- Perap 1 jam.


INTI APAM BALIK


Kacang tanah kisar
Jagung manis tin
Mentega
Gula
Coklat rice

Caranya Membuatnya


1- Panaskan non stick pan dan tak perlu disapu minyak. 
2- Ambil adunan sesenduk dan buat macam pankek . 
3- Apabila dah setengah masak , tabur gula , kacang tanah , jagung , coklat dan sedikit mentega di atas apam balik ( boleh letak inti lain yang disukai ) .
4- Lipat dua apam dan angkat dari pan.
5- Apam balik yang dah siap sapu mentega dan potong ikut suka


Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan