PAP SMEAR Cegah Kanser Serviks
Seks Pada Usia Muda Jebak Kanser Serviks | Berdasarkan maklumat , sebelum 2000 , kebanyakan wanita Malaysia mendapat kanser serviks dalam usia 50 tahun . Tetapi kini masalah kanser sevik menjadi lebih kronik kerana seawal usia 25 tahun , wanita Malaysia mula diancam dengan penyakit merbahaya ini .
Ini adalah disebabkan keterbukaan dan gaya hidup masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini lebih terdedah pada perlakuan seks pada usia yang lebih muda sehingga menyebabkn carta penyakit kanser serviks semakin melonjak .
Kanser Serviks
Kanser serviks merupakan kanser yan berlaku pada bahagian pangkal rahim . Rahim merupakan bahagian tubuh yang amat penting kepada seseorang wanita kerana ia merupakan bahagian badan yang membolehkan janin berkembang . Servik atau pangkal rahim terletak berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj .
Kanser Servik Bertindak
Di dalam kanser servik, sel-sel di servik bertindak secara tidak normal dan sel-sel ini terus membesar dan membentuk satu benjolan atau tumor . Jika tidak dirawat , sel-sel kanser ini boleh merebak ke bahagian-bahagian lain melalui sistem darah atau limfa .
Walaupun kanser servik mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk berkembang , seseorang wanita tidak seharusnya memandang remeh kerana penyakit ini amat berbahaya dan perlu dicegah pada peringkat awal .
Biasanya pesakit kanser servik yang datang mendapatkan rawatan doktor telah berada pad tahap kronik dan boleh membahayakan nyawa .
Gejala Dan Tanda-tanda
- Lelehan faraj berair dan berbau busuk
- Lelehan faraj dan keputihan adalah perkara normal bagi wanita . Tetapi sekiranya lelehen faraj berbau busuk , terdapat keputihan berlebihan ,dan masalah ini berpanjangan , ia merupakan tanda-tanda munculnya penyakit kanser servik .
- Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks
- Pendarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks
- Jika mendapati ada tanda sebegini dinasihatkan merujuk kepada doktor kerana pendarahan yang berlaku mungkin merupakan gejala kanserr servik atau ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan keseimbangan hormon .
- Sebarang pendarahan dari faraj selepas putus haid .
Faktor Risiko
- Tabiat seks seseorang wanita
- Aktiviti seks bermula pada usia yang lebih muda
- Mempunyai pasangan seks yang ramai
- Agen jangkitan seperti jangkitan virus ' Human Papilloma ' .
- Kebersihan diri tidak memuaskan
- Tabiat menghisap rokok
PAP SMEAR Cegah Kanser Serviks
Bagi mencegah dan merawat kanser servik lebih awal , setiap wanita digalakkan melakukan ujian PAP SMEAR lebih awal terutama bagi wanita yang aktif melakukan seks atau melakukan seks pada usia muda . Ujian ini sangat mudah , tidak mengambil masa yang lama dan tidak menyakitkan .
PAP SMEAR
PAP SMEAR adalah sejenis ujian yang dijalankan untuk mengesan penyakit kanser servik . Sel-sel akan diambil secara berhati-hati dari permukaan servik dan diletakkan di atas slaid kaca untuk dihantar ke makmal bagi menjalankan pemeriksaan mikroskopik .
Bagi seorang wanita yang normal , ujian menunjukkan sel-sel adalah normal sepenuhnya . Bagaimanapun bagi wanita yang berisiko menghadapi kanser servik , ujian menunjukkan kesan sel-sel yang tidak normal dan ia mungkin menunjukkan peringkat awal kemunculan kanser . Apabila ini terjadi , ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan .
Tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya terdapat sebarang keluarbiasaan pada keputusan ujian di mana seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya .
PAP SMEAR perlu dijalani wanita berusia 25 tahun hingga 65 tahun yang aktif melakukan seks atau pernah aktif melakukan seks . Seelok-eloknya , ujian PAP SMEAR dilakukan 3 tahun sekali .
Masa terbaik untuk menjalani ujian ini adalah pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
0 comments:
Post a Comment