loading...

Risiko Jangkitan Chorioamnionitis Pada Kandungan


Risiko Jangkitan Chorioamnionitis Pada Kandungan | Ramai di kalangan ibu muda yang pertama kali hamil dilanda kerisauan sepanjang tempoh kehamilan mereka itu . Pelbagai cerita dan pengalaman semasa hamil wanita lain , penyakit yang melanda sepanjang tempoh kehamilan membuatkan ramai dikalangan ibu hamil sentiasa bimbang memikirkan risiko terhadap bayi dalam kandungan .

Risiko Jangkitan Chorioamnionitis Pada Kandungan

 Jangkitan Chorioamnionitis


Antara masalah yang dihadapi wanita hamil adalah jangkitan Chorioamnionitis . Chorioamnionitis merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada radang atau jangkitan pada bahagian lapisan dalam ( selaput ketuban yang merupakan sebahagian uri ) saluran air ketuban .

Kebiasaanya selaput ketuban dan air ketuban bertindak sebagai pelindung kepada janin daripada jangkitan luar . Sekiranya berlaku jangkitan terhadap selaput dan air ketuban , maka janin juga terdedah kepada jangkitan ini . 

Uri juga mengalami proses peradangan sehingga menyebabkan gangguan aliran darah ( dan oksigen ) kepada janin . Bakteria juga menghasilkan toksin tertentu sehingga menyebabkan keadaan bayi lemas dan kelahiran ( termasuk kelahiran pra-matang ) . Chorioamnionitis juga boleh merebak ke dalam aliran darah ibu dan menyebabkan septicaemia sehingga menyebabkan kelahiran dan serangan jangkitan teruk pada bayi .

Kekerapan


Berdasarkan laporan , jangkitan Chorioamnionitis biasanya berlaku dalam 1-2 peratus kehamilan sahaja . Ia lebih kerap didapati dalam kes kelahiran pra-matang .


Penyebab


Terdapat beberapa sebab terhadap jangkitan Chorioamnionitis ini . Kebanyakannya adalah disebabkan bakteria seperti penyakit Escherichia coli ( E.Coli ) . Penyebab lain adalah bakteria Group B streptococcus dan kulat Candida albicans ( jarang berlaku ) .

Chorioamnionitis juga boleh berlaku dalam keadaan yang menyebabkan kebocoran selaput ketuban dalam tempoh yang panjang , kebiasaannya melebihi 24 jam . Contohnya seperti berikut :

  • Air ketuban pecah sewaktu hampir bersalin ( sama ada dengan sendirinya ataupun melalui prosedur kelahiran ) . Mikroorganisma yang terdapat dalam faraj boleh masuk ke dalam rahim .
  • Prosedur tertentu sewaktu kehamilan seperti amniocentesis
  • Pemeriksaan faraj yang berulang kali ( tanpa sepatutnya ) 
  • Procedur tertentu melalui faraj ( seperti internal monitoring )

Simptom


Sama seperti simptom sesuatu jangkitan lain , ia dialami pada tahap yang berbeza-beza . Juga , tidak semua tanda-tanda ini dialami oleh seseorang . Antara simptom yang boleh dikaitkan dengan Chorioamnionitis adalah seperti :
  • Demam . Penyebab lain demam juga perlu dipastikan dahulu ( seperti jangkitan sistem pernafasan , demam denggi ) 
  • Perasaan berdebar-debar ( akibat denyutan jantung menjadi laju ) 
  • Rahim menjadi sakit dan mudah tegang ( sensitif terhadap sentuhan )
  • Kontraksi rahim lebih kerap dan sakit
  • Air ketuban berbau serta lebih hangat ( akibat demam ) . Warnanya juga berbeza daripada kebiasaan dan boleh bertukar menjadi kehijauan .

Pelbagai pertanyaan berlegar - legar diminda ibu-ibu hamil . Apakah yang boleh dilakukan apabila berhadapan simptom-simptom ini ? Bolehkah jangkitan Chorioamnionitis ini dihalang ?

Jika mengesyaki air ketuban sudah pecah , tindakan yang harus diambil adalah segera berjumpa doktor . Selain risiko Chorioamnionitis , air ketuban pecah juga boleh menyebabkan keadaan genting yang lain seperti abruption plasenta , cord prolapse ( tali pusat jatuh ) dan lain-lain . Seeloknya berjumpa doktor dengan awal tanpa menunggu sehingga keesokan paginya .

Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian lanjut . Antibiotik ( melalui saluran intravena ) juga akan dimulakan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran .

Kebiasaannya proses kelahiran akan dimulakan atau dipercepatkan bagi mengelakkan kompilasi teruk kepada ibu dan bayi .


Komplikasi Kepada Bayi


Kebiasaannya bayi selamat dilahirkan sebelum berlaku komplikasi teruk . Walau bagaimanapun , jika tidak dirawat , bayi boleh mengalami keadaan berikut :
  • Jangkitan paru-paru ( pneumonia )
  • Jangkitan sistem saraf otak sehingga menyebabkan meningitis dan kemudiannya cerebral palsy
  • Jangkitan darah ( sepsis )







0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan