Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah
Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah | Berdasarkan kajian , ketam merupakan makanan laut yang mengandungi lemak paling tinggi . Ketam juga dikatakan ubat mujarab kepada demam denggi . Rasanya yang manis menyebabkan ramai orang suka menjadikannya sup .
Resepi Ringkas Ketam Masak Butter Telur Masin Langkah Demi Langkah
Untuk menyediakan Ketam Masak Butter Telur Masin , banyak langkah perlu dilakukan walaupun bahannya nampak mudah sahaja .
Proses Penyediaan Ketam
ketam
tepung jagung
garam
1- Mula-mula bersihkan ketam dulu lah, buang rambut-rambutnya.
2- Tanggalkan kulitnya, sayang tu telur-telurnya kalau dibuang.
3- Lepas tu lumurkan ketam dengan tepung jagung dan sedikit garam.
3- Lepas tu lumurkan ketam dengan tepung jagung dan sedikit garam.
(Garam ni perlu untuk mengelakkan isi ketam ni melekat dikulitnya)
4-Ggoreng la ketam tu dalam minyak yang banyak .
4-Ggoreng la ketam tu dalam minyak yang banyak .
( jangan terlalu masak , nanti hilang rasa manis ketam )
Sediakan bahan-bahan tumis .
Bawang putih , cili padi dihiris halus
daun kari
Susu cair
butter
( cili padi ni ikut kita la mau letak sikit atau banyak )
* Sebelum itu rebus telur masin kuantiti ikut suka kita.
( Kalau mau lebih sedap , lebihkan telur masin.)
Saya gunakan 4 biji telur masin.
* Ambil kuning telur masin dan kisarkankan dengan susu cair.
Begini lah rupanya sebelum kita masukkan susu cair.
Cara Membuatnya :
1- Sediakan kuali untuk menumis,
2- masukkan butter menggantikan minyak.
3- Setelah minyak panas masukkan daun kari terlebih dahulu.
4- Bila daun kari agak garing masukkan bawang putih dan cili padi.
5- Bila sudah naik bau , masukkan susu cair yang sudah diblend dengan kuning telur dan perasakan .
6- Masukkan ketam yang sudah digoreng tadi.
Gaul jangan berhenti..
kalau mau lebih kering tumiskan lama sedikit tapi kalau mau sedikit berkuah..
7- Agak-agak sudah pekat kuah tu matikanlah api.
(Resepi ni boleh digunakan untuk udang atau pun ayam.
Cuma kalau ayam biasanya tidak dicampur telur masin)
Facebook
0 comments:
Post a Comment