5 Jenis Cinta Yang Barakah
5 Jenis Cinta Yang Barakah | Ada tak sesiapa yang bosan bila cakap pasal cinta ? Rasanya lebih ramai yang suka daripada benci kan ! Persoalan cinta memang sentiasa seronok dibicarakan sebab lahir jer ke dunia , kita dah kenal cinta . Bila remaja , suka lelaki jer dah jatuh cinta . Bila dewasa lak , jatuh cinta jer terus nak kahwin . Bila tua lak , kita dapat cinta dari anak - anak dan cucu .
Cinta
Ada orang kata , bila cinta kita okey , hidup kita pun okey juga . Tapi sebenarnya bila cinta kita okey , pelajaran akan terabai terutama kat sekolah menengah la , kerjaya terbarai hingga produktiviti menurun . Mana tak nya , kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan dan memenuhi kehendak si dia walaupun sibuk dan memang tak de masa serta penat melalui tugas seharian .
Sebenarnya bila kita bercinta , kita kena letak di pertengahan . So kalau tak menjadi , tak lah membenci dan hati taklah sakit sangat . Jadi kita terselamat dari menzalimi diri sendiri .
5 Jenis Cinta Yang Barakah
Ada pelbagai jenis cinta yang kita temui dan jalani sepanjang perjalanan hidup kita ini . Jenis cinta ini , kalau kita tanganinya dengan baik , maka hidup kita akan jadi sempurna .
CINTA boleh dibahagikan kepada 5 cabang :
1. Cinta pada Allah
Orang yang bercinta kerana Allah , akan mengambil keputusan sebagai hamba Allah berdasarkan hukum dan nilai - nilai yang ditetapkan melalui Quran . Bila timbul masalah , mereka kan serahkan kepada Allah , pasrah , redha dan mengharapkan Allah membantunya meneguhkan iman dalam mengharungi cabaran cintanya. Maka dia akan cemerlang dalam cintanya . Sekurang - kurangnya tak la jadi gila ... heheheee
2. Cinta pada Nabi
Menjadikan sunnah Rasulullah dan hadis nabi sebagai sandaran dan juga panduan dalam melalui ranjau percintaaan demi membina sebuah perkahwinan yang bahagia . Kehidupan Baginda bersama para isterinya adalah sebaik - baik contoh dan rujukan .
3. Cinta pada Ilmu
Bila korang berilmu , korang dapat selesaikan masalah percintaan dengan lebih bijak . Tak kira lah guna kaedah psikologi , al - Quran dan hadith . Bijak mencari punca dan kaedah penyelesaian , pandai berdiplomasi , bertolak ansur . Wujudkan komunikasi yang berkesan untuk handle perbincangan . Bijak kawal emosi dan tahu bila perlu mengalah dan bertegas dengan keputusan yang di buat . Yang penting jangan pentingkan diri sendir dan panas baran ... emmm memang hancur lah semuanya nanti .
4. Cinta pada Ibubapa
Ibubapa boleh menjadi penasihat yang baik berdasarkan pengalaman hidup mereka . Mereka juga ada petua dan tips macam mana nak kekalkan cinta nih . Apa tanggungjawab suami / isteri dalam sesebuah rumahtangga . Malah Islam menggalakan mereka menjadi perunding bila perkahwinan anaknya menghadapi masalah .
5. Cinta pada Sesama Makhluk
Kalau kita boleh sayangkan binatang , maka kita adalah pencinta yang agung . Berkongsi makanan / rezeki dengan yang lebih memerlukan bermakna dalam diri kita penuh rasa cinta . Mereka ini tidak akan bunuh diri kerana cinta . Kerana dia berkongsi cintanya dengan makhluk lain .
Cinta yang betul akan semarakkan lagi kerjaya , cinta yang songsang akan terpengaruh dengan pelbagai agenda syaitan . Ramai yang hilang masa depan kerana cinta . Bila ada masalah , unsur - unsur di atas akan menyumbang dalam mengembalikan kestabilannya .
Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan dan bercintalah sepenuhnya bila sudah berkahwin . Cinta itu untuk dinikmati bukan ditangisi . Adanya cinta , perkara yang mustahil akan jadi mungkin .
Nice sharing :-))
ReplyDelete