loading...

Cara Tafsir Lelaki


Semalam saya menonton program reality show favourite say yang bertajuk PERFECT MATCH di ntv7 jam 6.30 pm setiap Ahad . Program ni membariskan 24 jelitawan dari golongan profesional atau biasa . Mereka memilih calon suami yang sesuai dengan kriteria yang mereka tetapkan . Pembaca boleh gak tengok kat YouTube , tapi tak de la subtitle Bahasa Melayu 
    
Bila tetamu lelaki naik ke pentas , merek akan memperkenalkan diri . Pastu lelaki berkenaan akan diberi peluang memilih wanita mana yang dia berkenan tapi 24 jelitawan tak tau sapa yang dia pilih . Pas tu 24 jelitawan di beri peluang mentafsir lelaki ini selama 1 minit sebelum memilih nak off kan lampu ( menolak lelaki ini ) selepas melihat penampilannya atau nak terus menyalakan lampu .


Cara Tafsir Lelaki



Cara Tafsir Lelaki


Dalam program Perfect Match ini dapatlah saya simpulkan beberapa ciri yang wanita lihat bila tafsir lelaki melalui pandangan pertama . Antaranya :

1. Keterampilan fizikal .


Satu minit yang diberi adalah first impression dari jelitawan terhadap lelaki berdasarkan pengenalan diri dan fizikal . Ada yang off lampu hanya kerana tak suka dengan fesyen rambut lelaki tersebut . Sebab lain , perut buncit , dressing tak menarik , ketinggian , cakap terlalu laju masa kenalkan diri , umur , saiz fizikal , ekpressi muka dan banyak lagi . 

2. Cara berkomunikasi 


Selepas tu jelitawan akan bertanya apa saja soalan berdasarkan keterampilan lelaki itu di atas pentas . Pada tahap ni , tetamu lelaki sebenarnya diuji cara dia berkomunikas dengan menjawab soalan . Ada yang ekpresi wajahnya tenang , ada yang gelabah , ada yang cakap macam kena kejar harimau ...


3. Latar belakang / kerjaya


Tayangan video tentang pekerjaan dan sedikit latar belakang tetamu lelaki . Jelitawan akan bertanya lebih lanjut tentang kerjaya ,  keluarga dan tempat tinggal . Sekiranya tak boleh memenuhi kehendak , mereka akan off lampu .

4. Penetapan kriteria dan ciri - ciri wanita pilihan


Ramai jelitawan akan off lampu pada tahap nih . Ye la kalau syarat nak yang cantik , pandai bergaya , kerjaya yang mantap , boleh jaga ibubapanya , pandai masak , dari keluarga yang ada nama , boleh bersosial mengikut statusnya dan segala macam lah . Lagi cerewet lelaki tu , lagi banyaklah lampu yang off .

5. Komen dari kawan - kawan dan ahli keluarga tentang dirinya yang sebenar 


Lampu jelitawan akan off semua bila rakan dan ahli keluarga menceritakan semua sifat / kegemaran buruk mereka . Komen membunuh ! . Ada yang kaki clubbing / karaoke sampai lewat malam , suka beli loteri , pentingkan keluarga lebih segalanya , malas kemas rumah , suka tengok perempuan cantik , tak boleh lupa bekas teman wanita , tak boleh buat keputusan segera , pemboros , suka ikut kata hati , pentingkan diri , terlalu pemurah / baik hati , perasan dirinya bagus , tak dengar nasihat orang lain , panas baran dan macam - macam lagilah . Sekurang - kurangnya jelitawan akan kenal siapa lelaki itu sebenarnya sebelum buat keputusan untuk memilih lelaki itu atau tidak .

Wanita Pilihan Lelaki


Tetamu lelaki yang dapat bawa balik jelitawan pilihan selalunya memilih yang simple dressing , tak cerewet memilih , berwajah tenang , bijak berkomunikas / menjawab soalan , berdiplomasi dan sporting .

Ada gak jelitawan pilihan lelaki itu yang menjadi orang pertama memuji , bertanya soalan seolah - olah nak terus bercouple dan terus nyalakan lampu sampai akhir . Ada satu episod tuh pengacaranya secara berseloroh mengatakan : " macam mereka berdua jer la yang ada kat studio ni . " dan jelitawan yang lain off lampu semata - mata nak bagi peluang kat perempuan tuh .  Inilah yang dikatakan jodoh . Sebab naluri mereka sama . Memang hebat !

NTV7 pernah buat program ni versi Malaysia , tapi tak best dan tak menjadi sebab banyak ubah dari versi yang asal . Kalau penerbit wat ikut konsep asal / asli , rasanya tak de masalah kot . Cuma ada halangan agama dan budaya jer . Heheheee ... nak wat camna ... 

" Dan kahwinkanlah orang - orang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan . Jika mereka miskin , Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah SWT Maha Luas ( rahmatNya dan limpah kurniaNya ) lagi Maha Mengetahui . "      
( Surah An - Nuur : 32 )

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan