loading...

Resepi Ringkas Nasi Cendawan


Resepi Ringkas Nasi Cendawan | Cendawan merupakan sejenis kulat yang tumbuh diatas tanah dan menjadikan tanah sebagai sumber nutrisinya . Kerana sumber nutrisi semulajdinya itulah , cendawan menjadi herba yang berguna kepada kehidupan manusia . Cendawan yang biasa anda lihat di pasaran seperti cendawan tiram , cendawan telinga , cendawan shitake , cendawan butang , cendawan enoki , cendawan kukur , cendawan jarum emas , cendawan kukur dan sebagainya . Tapi awas , ada cendawan yang beracun !

Khasiat Cendawan


Kajian menunjukkan bahawa cendawan dapat mengurangkan gula serta menambah insulin dalam darah . Selain itu , cendawan dikatakan juga dapat membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit . Jika anda gemar makan cendawan , ianya dapat menghalang anda dari menghidapi penyakit kanser .


Nasi Cendawan

Nasi Cendawan 


Orang Jepun sangat popular dengan hidangan nasi cendawan . Mereka menggunakan cendawan matsutake sebagai bahan utamanya . Apa kata anda juga cuba memasak nasi cendawan sebagai hidangan pilihan anda hari ini .


Nasi Cendawan

Cara Menyediakan Nasi Cendawan


Langkah untuk menyediakan nasi cendawan , sudah tentu anda perlukan cendawan . Anda boleh gunakan apa sahaja jenis cendawan yang ada di pasaran mengikut selera anda . Bahan yang perlu anda gunakan selain adalah ;
  • cendawan
  • beras
  • air
  • sedikit butter cair
  • bawang putih
  • bawang besar
  • kiub ayam
  • daun bawang

Kesemua bahan diatas kecuali daun bawang dan cendawan , hendaklah campurkan dalam periuk . Bagi cendawan pula , anda hanya perlu taburkan di atas beras . Apabila nasi sudah masak , taburkan daun bawang dan gaul hingga mesra . Mudah sahaja caranya dan ianya adalah makanan yang sihat .


Diet Mudah



Cendawan adalah berkalori rendah tetapi dapat membekalkan tenaga sama seperti daging . Oleh itu cendawan dapat menjadi diet yang berkesan dalam mengurangkan tenaga dan pengambilan lemak . Hanya dengan memakan cendawan , ianya boleh mengenyangkan anda .




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan