loading...

Anak Susuan


Anak Susuan | Anak susuan merupakan anak yang diambil dari orang lain oleh sepasang suami isteri kemudian si isteri atau adik beradik si isteri atau suami menyusukan anak tersebut shingga kenyang .


Anak Susuan


Syarat Untuk Menjadi Anak Susuan


Ulama bersepakat seorang bayi boleh menjadi anak susuan apabila terdapat dua syarat utama iaitu 
  • bayi yang disusukan itu mestilah berumur bawah dua tahun . Jika bayi berkenaan masih belum berjaya disusukan hingga umurnya melebihi dua tahun , maka bayi tersebut tidak akan sama sekali dikira sebagai anak susuan .
  • Bayi tersebut mestilah disusukan sehingga lima kali kenyang dalam tempoh umur bayi tidak melebihi dua tahun .

Anak susuan yang menepati syarat akan menjadi mahram kepada keluarga dan ibu bapa susuannya . Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas yang bermaksud :

" Diharamkan daripada penyusuan sepertimana diharamkan ke atas nasab . "
( Riwayat al - Bukhari dan Muslim ) 

Berdasarkan hadis itu , ia jelas menunjukkan antara mereka mempunyai talian kekeluargaan yang sangat kukuh berasaskan penyusuan . Aurat sesama mereka adalah sama sperti anak kandung sendiri .

Hak Pewarisan


Seperti yang diketahui , hukum anak susuan adalah sama seperti anak kandung . Namun , ingin ditegaskan bahawa anak susuan tidak berhak untuk mewarisi harta daripada ibu bapa susuannya kerana hak pewarisan hanya boleh disabitkan menerusi tiga faktor iaitu :

1- penasaban dengan wujudnya hubungan keturunan dan kekeluargaan .

2- perkahwinan yang sah iaitu hubungan antara suami dan isteri 

3- wala' iaitu bermaksud hubungan antara hamba dan bekas tuannya .

Sehubungan itu , anak susuan tidak layak mewarisi harta peninggalan . Bagi menjaga hak anak susuan selepas ketiadaan ibu bapa susuannya , maka disarankan kepada penjaga menghibahkan harta mereka ketika hidup . Hibah dilakukan sebaik - baiknya berdokumen dan bersaksi supaya tidak timbul perbalahan antara adik beradik selepas ketiadaan ibu bapa .



Sumber : BERITA HARIAN 





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan