Perkara Yang Suami / Ayah Perlu Elakkan Di Rumah
Perkara Yang SUami / Ayah Perlu Elakkan Di Rumah | Bukan mudah malah bukan sukar juga bagi seorang lelaki untuk memainkan peranan mereka . Peranan sebagai seorang suami dan ayah pada masa yang sama perlu mencari pendapatan demi menampung keperluan keluarga . Tanggungjawab itu , sampai mati pun tetap terpikul di bahu mereka . Pun begitu , meluangkan masa bersama keluarga adalah perlu untuk mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan anak - anak dan isteri .
Perkara Yang Suami / Ayah Perlu Elakkan Di Rumah
Kesibukan ibu bapa bekerja , menyebabkan anak - anak / isteri terabai . Bapa keluar seawal pagi , anak - anak juga begitu untuk ke sekolah . Masing masing sibuk mengejar masa sebelum punch card merah dan dapat warning . Masa yang ada untuk beramah mesra hanyalah seawal petang juga malam . Kehidupan yang serba moden di zaman ini menjadikan manusia lebih suka menyendiri . Pesanan kepada suami / ayah , untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesama ahli keluarga , anda perlu sekurang - kurangnya melakukan ini :
1- Simpan tablet / smartphone
Malam adalah masa yang suami / ayah ada di waktu hari bekerja . Maka , simpan saja tablet / smartphone anda dan bersembanglah bersama ahli keluarga sekurang - kurangnya sehingga 10 malam untuk mendengar keluh kesah dan kongsi cerita gembira mereka sambil menonton program tv kegemaran bersama .
2- Elakkan Keluar Malam
Selagi tak ada urusan penting berkaitan kerja yang harus suami / ayah hadiri di waktu malam , elakkan keluar malam . Nikmati sahaja makam malam yang meriah bersama keluarga . Melayan karenah anak - anak anda di meja makan dengan penuh perhatian .
3- Peruntukkan Masa Walaupun Sibuk
Sama ada suami / ayah sibuk dengan tuntutan kerja , cari juga masa yang membolehkan anda menikmati masa bersama keluarga . Lakukan aktiviti yang boleh menjadikan waktu terhad itu berkualiti kepada keluarga anda .
4- Jangan Hidup Bertuankan Duit
Anda kena ingat bahawa semakin anda mengejar duit , semakin anda rakus , semakin anda akan rasa tidak cukup . Kenapa kerana apa ? Kerana semakin banyak duit yang anda ada , semakin besar kemahuan anda pada material dan keselesan hidup . Pada ketika itu , mungkin isteri dan anak anda sudah hidup dalam dunia mereka sendiri . Maka jiwa anda juga akan merasa kosong tanpa kasih sayang dan perhatian mereka .
5- Biasakan Memeluk Dan Mencium Mereka
Ketahuilah bahawa setiap pelukan itu memberi pahala . Dapat juga menggugurkan dosa - dosa dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga . Ciuman itu menandakan anda menyayangi mereka dari lubuk hati yang dalam . Kita juga tidak tahu sama ada pelukan dan ciuman itu adalah yang terakhir buat mereka .
6- Sentiasa Telefon Isteri
Kenapa anda perlu selalu telefon isteri ? Sebab anda tidak tahu bila anda akan mati . Sekurang - kurangnya isteri dan anak - anak anda tahu di mana anda berada dan apa aktiviti anda . Sekiranya sesuatu berlaku pada anda , isteri dan anak - anak dapat mengetahuinya dengan segera .
7- Lihat Baju Anak / Isteri Anda
Sebelum keluar , pastikan anda tahu baju apakah yang mereka pakai . Sudah tentu ramai yang tidak ambil berat tetang ini . Sekurang - kurangnya kalau ada sesuatu berlaku dihadapan anda , anda akan tahu mereka adalah ahli keluarga anda dengan melihat baju mangsa .
8- Anda Wajib Mencari / Memberi Nafkah
Walaupun isteri anda turut bekerja dan mungkin lebih banyak pendapatannya daripada anda , di akhirat nanti malaikat akan tetap bertanya pada anda juga . Adakah anda beri nafkah kepada keluarga dengan sempurna ? Jangan sesekali mengambil mudah tentang nafkah hanya kerana isteri anda tak kisah dengan pendapatannya yang melebihi anda .
Apa yang Chinta kemukakan di atas adalah satu keperluan kepada seorang suami / ayah dalam kehidupan berkeluarga . Kerana anda adalah pemimpin , ketua , nakhoda dan kapten dalam sebuah rumahtangga , maka keperluan itu haruslah anda laksanakan demi rumahku syurgaku .
0 comments:
Post a Comment