Resepi Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah
Resepi Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah | Kanak-kanak sukakan Fishcake . Fishcake bukan sekadar menjadi campuran di dalam mee goreng , sup serta masakan lainnya , malah ada juga kanak-kanak yang suka makan fishcake goreng dengan sos sahaja .
Resepi Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah
Jika anda mahu mencuba menghasilkan fishcake sendiri di rumah , berikut adalah resepi fishcake mudah dan sedap yang paling sesuai untuk anda mencuba .
Bahan-bahan :
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecik (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend , cuba rasa . jangan masin sangat ye seabb nanti time sejuk lagi masin)
sedikit serbuk pati ikan bilis (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dr air batu)
** anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan taruk air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah... so abaikan sukatan air tu .
caranya membuatnya :
1- isi ikan tenggiri diambil . kulit tak mau ye dan diblend halus . saya guna food prosessor
2- kemudian masukkan sedikit air ais . kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk serbuk ikan bilis, taruk sikit) . kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi..
3- sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi . loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas .
4- masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. (mcm buat serimuka) ratakan ia serta padatkannya menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak
5- terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
6- panaskan minyak agak sampai terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan..
7- angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment