loading...

Product Kecantikan Mengandungi Merkuri


Product Kecantikan Mengandungi Merkuri  | Bila sebut saja untuk kecantikan , jaga kecantikan , ramai orang terutama wanita akan tertarik dengannya . Kerana kecantikan juga , ramai orang sanggup berhabis RM hanya semata - mata untuk dapatkan produk kecantikan yang mereka inginkan . Tapi tahukah anda bahawa produk itu mungkin mengandungi merkuri yang berbahaya ?


alt image tag

Chinta terjumpa imej kat atas ni di facebook page . Maka Chinta teringatkan sembang - sembang Chinta bersama sepupu lelaki lebih 5 tahun dulu ketika berkunjung di Hari Raya . Pada satu ketika dulu , sepupu saya ni ada production house yang diusahakan bersama abang angkatnya . Sudah tentulah sosial lifenya dikelilingi artis . 

Kisah Kosmetik



Nak dijadikan cerita , kami bersembang pasal kosmetik . Ketika itu ramai artis yang menghasilkan produk kecantikan sendiri . Dengan selamba jer my sepupu kata : 


" dia orang tu bukannya buat sendiri produk tu . Dia orang pergi ke Indonesia , beli krim yang dah siap berkilo - kilo pastu bawa balik sini dan packkan dalam bekas . Tampal lah sticker jenama dia . Pastu jual dengan harga berkali ganda lagi . Kesannya memang cepat tapi banyak bahan kimia . Ko ingat artis tu muka cantik sebab pakai produk kecantikan dia ker ... haram ! " 



Adakah produk yang ada di pasaran benar - benar berkesan dan selamat , pembaca fikirkan sendiri . Malah Chinta juga pernah tertipu dengan produk keluaran tempatan berasaskan minyak kelapa dara yang Chinta beli secara online . Chinta pernah ceritakan di SINI  .


Tanda - Tanda Dalam Tubuh Anda Ada Merkuri ;


  • letih , kadangkala terlalu penat
  • pening , menggigil 
  • hilang ingatan
  • keluar peluh lebih banyak dari biasa
  • degupan jantung bertambah laju 
  • tekanan darah menjadi tinggi 

Kesan Merkuri Pada Tubuh ;


  • jangka masa panjang akan menyebabkan kerosakan saraf terutama pada tangan dan ginjal .
  • rasa gatal dan terbakar pada kulit .
  • tubuh berasa lemah .
  • emosi tidak stabil dan masalah daya ingatan yang kurang baik .
  • kulit muka bertukar menjadi pudar dan mengelupas . Kadangkala kulit berwarna kelabu .

Cara Mengesan Merkuri


Merkuri selalunya digunakan dalam produk pemutihan . Sesetengah produk pemutihan tidak menyenaraikan merkuri didalam senarai bahan - bahannya . Untuk mengetahui sama ada produk yang pembaca guna mengandungi merkuri atau tidak , pembaca hanya perlu :

Ambil sedikit  krim dan sapukan ke atas tapak tangan . Kemudian , sapukan pada cincin atau barang kemas lainnya . Sekiranya warna krim itu kelabu , maknanya produk itu mengandungi merkuri . Jika warna krim tersebut bertambah gelap , bermakna krim tersebut mengandungi merkuri yang tinggi .


alt image tag




Pembaca juga boleh mendapatkan maklumat terkini tentang kosmetik yang diharamkan oleh KKM di SINI .


Nasihat Chinta, jangan terlalu taksub dengan produk kecantikan yang ada di pasaran . Maklumlah , produk kosmetik di Malaysia ini seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan . Kena berhati - hati sebelum tertipu dan menjadikan anda merana .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan