loading...

Puding Kastard Berjeli


Puding Kastard Berjeli | Hari ini sudah bermula cuti panjang sempena tahun baru cina . Sudah tentu para ibu sedang fikir nak buat menu apa untuk anak-anak dalam masa cuti ini kan . Maklumlah , anak-anak kan suka makan bila duduk di rumah sahaja .


Puding Kastard Berjeli

Puding Kastard Berjeli

Nak buat Puding Kastard Berjeli ni mudah je tapi stepnya sangatlah banyak tapi hasilna memang sedap dan anak-anak mesti suka makan . Cara nak buat Puding Kastard Berjeli adalah seperti di bawah .

Bahan-bahan :

Kek gulung (ikut suka la nk guna perisa apa) - potong ikut ketebalan yangg anda suka la . tapi toksah la tebal-tebal sangat.
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan dalam tin tu (kalau nak guna fresh fruit pun ok.. i.e strawberry, kiwi etc tu)
1 kotak jelly crystal powder (saya guna brand nona)
3 sudu besar tepung kastard (sudu penuh-penuh membukit tau)
4 sudu besar gula (kalau nak manis boleh lebihkan gula sikit. Saya letak 4 aje sebab tak suka manis-manis sangat)

1 cawan Air

Cara:-



1. Susun kek gulung tadi dalam bekas, macam gambar di atas tu. Make sure tak ada lubang tau. Kalau ada pandai-pandai la cubit balance kek dan tampung-tampung di tempat ada lubang tu. Pastu tekan-tekan sikit kasi mampat.


2. Asingkan buah-buahan dalam tin tu dari airnya & ambil air buah-buah tadi dan renjis-renjis pada kek tadi kasi lembab-lembap manja gitu. Jangan basah melampau-lampau lak tau.

3- campurkan 1 tin susu cair bersama dengan tepung kastard di dalam periuk . 

4- dengan api perlahan , kacau adunan sehingga menjadi agak kental . tutup api .

5- tuangkan adunan kastard diatas kek gulung . 

6- taburkan sedikit buah-buahan dalam tin .

7- Masukkan serbuk jeli , gula dan air ke dalam bekas . Kacau hingga cair . Tutup api .

8- Tuangkan jeli di atas kastard .

9- Taburkan lebihan buahan dalam tin 

10- simpan dalam peti sehingga jeli beku .

11- Kalurkan dan hidangkan .



facebook 

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan