Rahsia Perkahwinan
Rahsia Perkahwinan | Setiap manusia mahukan pasangan kerana pasangan kita itu bukan sekadar mendatangkan bahagia malah saling melengkapi antara satu sama lain . Justeru itu , anda perlulah menghalalkan hubungan anda dengan pasangan melalui perkahwinan yang dituntut oleh syarak . Apabila sudah berkahwin nanti , anda akan menemui banyak rahsia perkahwinan yang membuat anda seperti berada di syurga dunia .
Rahsia Perkahwinan
Rahsia perkahwinan akan tersingkap seandainya hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah s.w.t. dan dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Selain itu , anda akan menemui lebih banyak rahsia perkahwinan ini apabila anda berada di dalamnya . Firman Allah yang bermaksud ;
" Dan antara tanda - tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri - isteri daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya , dan dijadikan - Nya antara kamu perasaan kasih dan sayang . "( Surah al - Rum : 21 )
1- Sunnah Para Nabi Dan Rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada Sunnah para Nabi dan Rasul . Firman Allah yang bermaksud :
" Demi sesungguhnya Kami ( Allah ) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri - isteri dan keturunan . "( Surah al - Ra'd : 38 )
2- Zuriat Keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba - hamba - Nya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah s.w.t.
3- Satu Ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang , dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai . Al - Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. bermaksud :
" Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu , maka dia telah memenuhi separuh agamanya . Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi . "
4- Melimpahkan Rezeki
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin . Islam ingin mengikis rasa takut , tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak - anak kerana Allah menjamin rezeki mereka sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku . "
5- Memelihara Kehormatan
Sebaik - baik jalan untuk memelihara kehormatan serta kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Wahai para pemuda , sesiapa yang mampu berumah tangga , hendaklah ia berkahwin kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya . Sesiapa yang tidak mampu , maka hendaklah dia berpuasa , justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah ( nafsu syahwat ) . "
6- Menyuburkan Perasaan Keibubapaan
Perkahwinan dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan , pendidikan dan kesejahteraan kepada anak - anak .
7- Wujud Disiplin Dan Tanggungjawab
Melalui perkahwinan wujud disiplin dan tanggungjawab terhadap diri dan rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri , ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat .
Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas - batas agama semata - mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari setiap individu .
0 comments:
Post a Comment