Resepi Laksa Lemak Kedah
Resepi Laksa Lemak Kedah | Laksa Penang kita dah selalu jumpa , dengan dan makan . Laksa Sarawak pula , ramai yang belum pernah merasa kecuali sudah tahu membuatnya atau terjumpa pes laksa segera Sarawak . Manakala laksam pula walaupun namanya berlainan sedikit , tetapi cara pembuatan laksam sama sahaja seperti laksa kecuali ditambah dengan santan dan menggunakan mee yang dibuat sendiri .
Resepi Laksa Lemak Kedah
Pernahkah anda mendengar laksa lemak kedah ? Kalau anda tidak pernah denar apatah lagi merasa laksa lemak kedah , berikut adalah resepi ringkas dan mudah laksa lemak kedah yang anda boleh cuba sendiri dirumah .
Bahan utama :
1 paket laksa direbus hingga lembut ( saya guna Laksa Bihun Mak Siti yang kecil tu)
Bahan-bahan sampingan:
Timun-di hiris nipis
Pucuk gajus
Taugeh
Telur rebus
Limau kasturi
Cili padi
Bahan-bahan untuk kuah:
1 kilo ikan selayang/sardin-direbus, diambil isinya sahaja dan dikisar sedikit
2 cawan santan
3 cawan air rebusan ikan
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 batang bunga kantan
2 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 ulas bawang merah-dimayang
1 ulas bawang putih
Daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
1- Panaskan minyak, tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga layu.
2- Masukkan pes serbuk kari . Tumis hingga pecah minyak. Gunakan api sederhana .
3- Masukkan isi ikan, air rebusan dan santan.
4- Masukkan asam gelugor, daun kesom dan bunga kantan.
5- Masak kuah hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
6- Perasakan dengan garam dan gula. Rasa dan jika ok boleh tutup api . Sudah sedia dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment