Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
Majlis Perkahwinan Artis Anzalna Nasir | Artis Anzalna Nasir pernah mempanaskan dunia hiburan di awal kemunculannya apabila dia bertelingkah denagn Neelofa . Atas sebab apa , tidaklah Chinta ketahui . Bertelingkahan yang hangat itu hampir dibawa ke mahkamah dan berhadapan tindakan saman dari Neelofa . Tetapi akhirnya mereka menyelesaikan dimeja rundingan .
Majlis Nikah
Artis Anzalna Nasir sudah menamatkan zaman bujangnya bersama dengan cinta hatinya , Hanif Zaki pada hujung minggu lepas . Majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Seri Pacific , Kuala Lumpur telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat .
Anzalna Nasir dan Haniff Zaki telah selamat dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim hanya dengan sekali lafaz .
Barang Hantaran
Dalam majlis yang cukup bersejarah itu, pihak pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 selain menerima 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan.
Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 27 Februari di Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan seterusnya akan diadakan di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.
TAHNIAH! Semoga perkahwinan yang dibina Anzalna Nasir dan Haniff Zaki berkekalan hingga ke jannah. Cepat-cepat timang cahaya mata tau.
0 comments:
Post a Comment