loading...

10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu


10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu | Cemburu tandanya sayang , itulah pepatah yang sering kita dengar . Kalau iada sayang , untuk apa cemburu kan ? Tapi ada pasangan yang cemburu buta . Bila perkara itu terjadi , maka anda kena pandai untuk kawal situasi . 


10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu

10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu


Cemburu yang berlebihan akan membuatkan pasangan anda menjadi bosan . Pasangan anda akan merasakan anda mahu mengawal semua gerak gerinya . Pasangan anda akan merasa dikongkong dan akhirnya akan memberontak . Jika berterusan , sudah tentu akan membuatkan pasangan anda meninggalkan anda .

Berikut ada beberapa tips untuk menangani pasangan cemburu terutama dalam perkahwinan .

1- Jangan Berbohong


Seorang yang kuat cemburu sangat sukar menerima pasangan yang berbohong walaupun bohong kerana terpaksa untuk selamatkan keadaan . Sekali anda berbohong , pasangan anda akan anggap anda pembohong selamanya .

2- Jangan Berahsia 


Cerita apa sahaja yang pasangan anda peru dan ingin tahu . Sekiranya pasangan anda dapati anda ada menyimpan rahsia dan anda tak mengakui , dia akan sentiasa curiga dengan setipa perlakuan pelik anda .

3- Kenalkan Orang Di Sekeliling


Jika boleh biarkan pasangan anda mengenali orang yang berada di sekeliling anda seperti saudara mara , rakan sekerja dan kawan-kawan .

4- Berterus Terang


Berterus terang tentang apa yang anda fikir , rasa dan tahu itu lebih baik untuk elak salah faham . Jika anda memendam perasaan , ianya akan menjadi lebih buruk kerana akan membuatkan anda memberontak satu hari nanti . 

5- Ucapkan


Sentiasa ucapkan kata-kata penghargaan dan kasih sayang terhadap pasangan anda supaya dia rasa lebih disayangi dan dihargai kewujudannya di sisi anda .


6- Komitmen


Tunjukkan sikap tanggungjawab anda sepenuhnya kepada pasangan dan anak -anak . Dengan cara itu , pasangan anda rasa lebih selamat dan hatinya lebih tenang .

7- Kawal Diri


Kawal diri anda dari terlebih mesra dengan orang disekeliling anda . Selain mengelakkan fitnah , anda perlu jaga perasaan dan maruah pasangan anda juga .

8- Penjelasan


Terangkan kepada pasangan anda mengapa perlu melakukan sesuatu seperti mengasingkn diri untuk seketika atau pun privasi bersama kawan-kawan supaya pasangan anda tidak merasa dirinya tidak diperlukan lagi atau pun menyusahkan .

9- Sabar


Sabar merupakan perkara utama dalam perhubungan . Setiap orang ada kerenahnya sendiri . Begitu juga pasangan anda . Sudah tentu ada sesuatu pada anda yang dia tak suka dan sebaliknya . Tiada manusia yang sempurna .

10- Memaafkan


Setiap manusia akan melakukan kesalahan . Jika kita sayangkan pasangan , memaafkan adalah perkara terbaik demi perhubungan yang berpanjangan hidup dalam kedamaian dan harmoni . Tapi ada perlu ingatkan pasangan supaya tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan