loading...

Resepi Ringkas Ikan Siakap Masak Kukus Pedas


Resepi Ringkas Ikan Siakap Masak Kukus Pedas | Ikan merupakan protein daging putih . Kepada mereka yang terpaksa berpantang tidak boleh makan daging dan ayam , ikan adalah pengganti yang paling lengkap . Ikan juga mudah didapati dan harganya juga berpatutan .


Resepi Ringkas Ikan Siakap Masak Kukus Pedas

Resepi Ringkas Ikan Siakap Masak Kukus Pedas


Pelbagai jenis ikan boleh dimasak kukus .
Kebiasaannya , ikan siakap menjadi pilihan sama ada di rumah mahupun di restoran .
Mungkin kerana saiznya yang besar menjadikannya lebih cepat disediakan .

Berikut adalah bahan-bahan dan langkah memasak Ikan siakap masak kukus pedas .



Bahan-bahan :


bawang holland
halia
serai
tomato
cili padi
daun ketumbar
daun limau purut
garam
sos ikan



untuk memasak ikan stim , ikan mestilah dalam keadaan yang segar.



mula-mula kita mayang semua bahan yang ada.
mayang kasar aje.



didihkan air.



masukkan halia dan serai



bila air dah mendidih masukkan ikan. 
pastikan ikan betul-betul masak ya.
lepas tu terbalikkan ikan supaya kedua-dua belah ikan masak.
semasa proses terbalikkan ikan kena berhati-hati takut ikan hancur.
masa memasak ikan ini saya ambil dalam anggaran 15-20 minit kerana saiz ikan saya agak besar .



bila dah siap, angkat ikan tu ke dalam bekas makanan .



air ikan tadi jangan dibuang.
masukkan bawang.



masukkan juga cili padi, tomato dan daun limau purut



perasakan dengan garam, air limau dan sos ikan



bila rasanya dah betul-betul pedassssss, masammmmmm, masinnnnnnn.....
baru masukkan daun ketumbar dan tutup api .



siap kuah dia!!!!
rasa kuah tu kena betul-betul kuat.
maksudnya masamnya kena betul2 masam, 
masinnya kena betul2 masin dan pedasnya kena betul2 menyengat.
sebab ikan kita tadi tawar.
bila rasa kuah tu biasa2 aje.
bila dicampur dengan ikan.
kuah tu jadi tak berasa.
tapi jangan pulak terlebih rasa.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan