loading...

8 Cara Pilih Calon Suami


8 Cara Pilih Calon Suami | Alam perkahwinan dianggap sebagai penyatuan dua jiwa antara teruna dan dara . Ketika ini kedua-duanya memikul tanggungjawab yang diamanahkan iaitu sebagai pasangan suami isteri . Bagaimanapun , sejauh manakah anda mengenali pasangan sebelum diijabkabulkan . Biar lama ataupun sekejap perkenalan anda , kita sebenarnya perlu menyelidiki sifat sebenar pasangan kita .

Kita boleh mengetahui adakah dia pasangan serasi buat kita sepanjang tempoh berhubungan sebagai kekasih . Bukannya kita tidak mempercayai kejujuran dan keikhlasannya , tetapi mengambil sikap berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini satu hari kelak .


8 Cara Pilih Calon Suami

8 Cara Pilih Calon Suami


Ada 8 cara berkesan untuk memilih calon suami melalui pengamatan luaran seperti berikut :


1- Kerjasama


Sebenarnya , rahsia sepasang kekasih yang dapat menjalinkan hubungan berpanjangan adalah dengan adanya sifat kerjasama antara satu sama lain . Apa yang paling penting anda berdua dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama tanpa melibatkan orang lain . Jika anda berperasaan sebaliknya , itu bermakna dia bukanlah calon yang sesuai untuk anda . 

2- Bersahaja


Salah satu kriteria yang menentukan pasangan kita sesuai atau tidak sebagai jodoh atau bukan adalah kemampuannya berikap bersahaja di hadapan kita . Apa kata jika bersamanya , anda perhatikan gerak geri , cara berpakaian , gaya rambut atau pun percakapannya . Adakah semua itu kelihatan spontan atau sebaliknya . Jika tidak , sememangnya dia tidak ikhlas berkawan dengan anda dan kemungkinan ada agenda lain yang kita tidak sedari . 

3- Gerak Hati 


Apabila anda dan dia dapat membaca fikiran masing-masing serta menduga reaksi dan perasaan . Contohnya jika anda ditimpa sakit atau mengadapi masalah , dia dapat merasakannya . Begitu juga dengan anda .


4- Tenang Dan Selesa


Bukan mudah untuk kita menerima seseorang dalam hidup kita . Apabila kita merasa tenang dan selesa bersamanya malah tidak rasa bosan walaupun ambil masa berjam-jam dan mungkin sehari . Ada saja cerita yang mahu dikongsi bersama dan pastinya itu adalah satu petanda baik dalam sebuah perhubungan .

5- Susah Senang Bersama


Dia sentiasa ada bersama anda dalam apa juga situasi malah di juga dapat memahami apa juga situasi anda baik dalam suka atau pun duka . Jika pasangan itu serasi dengan anda , pasti dia tidak takut dengan pasang surut dalam perhubungan . Anda perlu fikir adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan apabila anda menghadapi masalah ? Adakah dia faham bila emosi anda terganggu atau apabila anda ditimpa kesakitan atau kemalangan ? 

6- Terima Seadanya


Jika pasangan anda tidak kisah dan peduli dengan masa lalu anda sama ada tentang cinta atau kekasih , ini bermakna dia menerima anda yang ada di depan matanya . Menerima seadanya diri anda tanpa mengungkit kisah siam anda .

7- Kongsi Rahsia


Dia malah juga anda rasa selesa berkongsi rahsia dan masalah bersama . Jika dia pandai menyimpan rahsia anda , maka dia adalah jodoh terbaik anda .

8- Bertemu Keluarga 


Jika dia berani bertemu dengan keluarga anda dan berani juga membawa anda bertemu keluarganya , itu bermakna dia serius dalam menjalinkan hubungan . Dia seorang yang berani dan berkarisma dan boleh dipercayai untuk dijadikan pasangan sehidup semati .




2 comments:

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan