loading...

Simptom Cyst Ovari Yang Wanita Perlu Tahu


Simptom Cyst Ovari Yang Wanita Perlu Tahu Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan. Dan apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.

Simptom Kanser Ovari Yang Wanita Perlu Tahu

Apa Itu Cyst?


Cyst merupakan satu ketumbuhan yang berbentuk kantung. Secara terperinci, cyst ialah kumpulan sel-sel yang dikumpulkan dan membentuk kantung. Kumpulan sel-sel terkumpul ni boleh mengandungi air, udara atau bahan separa pepejal. Bahaya atau tidak cyst tu bergantung pada tempat dia berlaku.

Cyst Ovari


Cyst Ovari ialah sebarang kantung yang berisi cecair dalam ovari. Cyst ovari ni selalunya tak menunjukkan sebarang simtom tetapi kadangkala anda akan berasa perut kembung dan tak selesa atau sakit belakang. Cyst ini juga boleh berpusing atau pecah dan kalau benda ni terjadi, anda akan rasa sakit yang amat sangat. Kebanyakan ovarian cyst ini adalah tidak merbahaya. Walaupun tak merbahaya, anda perlu dapatkan nasihat doktor samada cyst anda perlu dibuang atau tidak. Kalau cyst anda berukuran 5cm dan ke atas, selalunya doktor akan nasihatkan anda untuk melakukan pembedahan.

Simptom Kanser Ovari Yang Wanita Perlu Tahu


Sebagai wanita , kita perlu tahu simptom-simptom cyst ovari supaya mudah untuk kenal pasti bila tanda-tandanya ada pada kita seperti :

1- Merasa sakit di bahagian belakang pinggang atau peha terlalu kerap .

2- Menghadapi masalah / kesukaran semasa membuang air besar / kecil ( tidak lawas / kerap ) .

3- Merasa sakit di bahagian pelvik sebelum atau semasa datang haid .

4- Sakit / merasa tidak selesa sewaktu bersama suami .

5- Kerap merasa sakit pada bahagian payudara .

6- Kerap merasa loya dan sering muntah dalam jangka masa panjang .

Simptom-simptom serius Cyst Ovari yang memerlukan perhatian segera :

  • rasa sakit seperti mencucuk yan melampau di bahagian pelvis
  • demam
  • kerap pening dan rasa nak pitam
  • prnafasan kerap tidak teratur 


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan