loading...

Resepi Ringkas Ikan Rebus Air Asam


Resepi Ringkas Ikan Rebus Air Asam | Ikan merupakan makanan yang paling digemari oleh ramai orang . Selain mudah untuk mendapatkannya , ikan yang pelbagai jenis itu juga boleh dibeli dengan harga yang murah .


Resepi Ringkas Ikan Rebus Air Asam

Resepi Ringkas Ikan Rebus Air Asam


Kalau anda dah jemu dengan kaedah goreng , bakar dan masak keri serta masak asam pedas , apa kata kali ini anda cuba pula Resepi Ringkas Ikan Rebus Air Asam .

Cara memasak Ikan Rebus Air Asam ni mudah dan cepat siap . 
Sangat sesuai bagi anda yang sibuk mengejar masa juga balik kerja pada masa yang sudah lewat .
berikut adalah cara-cara membuatnya .

Bahan-bahan :-


3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-ditumbuk
6 biji cili padi-ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris
1 biji cili besar-dipotong dadu
1 cm belacan - digoreng & tumbuk.
1 biji tomato-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
2 s/b asam pes asam jawa
2 s/b sos cili
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.

Cara-cra mambuatnya :-


1- Ikan direbus dengan asam keping,secubit garam dan sedikit air
Biarkan ikan mendidih dan masak.


2- Angkat ikan dan ketepikan.Buangkan asam keping yang telah direbus tadi.

3- Bancuh air rebusan dengan bahan tumbuk (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih)

4- Masukkan bahan yang dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar)

5- Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi

6- Masukkan sos cili.

7- Bubuh garam & gula . 
Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.

8- Siram atas ikan rebus tadi . Hidangkan dengan nasi panas.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan