loading...

Resepi Cara Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah


Resepi Cara Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah | Fishcake merupakan bahan campuran dalam pelbagai jenis masakan seperti sup , kari , mee dan sebagainya . Fishcake boleh didapati di pasaraya dengan mudah . Fishcake dibuat menggunakan isi ikan sebagai bahan asasnya .


Resepi Cara Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah

Di zaman yang serba mudah dengan teknologi terkini di mana anda boleh mendapatkan apa sahaja maklumat dihujung jari , apa kata anda belajar buat sendiri fishcake di rumah  Bukan sekadar dapat jimatkan perbelanjaan , malah dapat mengawal kandungan bahan-bahannya supaya lebih sihat dan yang penting halal .

Resepi Cara Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah


Sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula . Hasil fishcake ini memang sangat kenyal dan  sama seperti yang dijual di kedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu . In shaa Allah semua yang saya kongsikan bersih , suci halal dan sangat menjimatkan kita .

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat fishcake :


  • 500gm isi ikan tenggiri segar
  • 3 sudu kecik (menggunung) tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam ( bila masa dah siap blend , cuba rasa kemasinannya . jangan masin sangat sebab nanti time sejuk lagi masin)
  • sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 cup air sejuk (dari air batu)

** anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan / jangan letak air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah... so abaikan sukatan air tu .


Resepi Cara Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah

Cara-cara menghasilkan fishcake .


1- Isi ikan tenggiri diambil dan diblend halus , kemudian masukkan sedikit air ais ..

2- Kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)
kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.

3- Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi . Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas .

4- Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas / loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya..(macam buat seri muka) ratakan ia serta padatkannya menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak .

5- Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake.

6- Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak  , siap.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan