Resepi Ringkas Sos Steamboat Buat Sendiri Di Rumah
Resepi Ringkas Sos Steamboat Buat Sendiri Di Rumah | Steamboat merupakan menu hidangan kaum Cina . Oleh kerana di Malaysia sudah menjadi majmuk , mencuba menu hidangan bangsa lain itu sudah perkara biasa . Sama juga dengan orang cina makan nasi lemak dan orang melayu makan roti canai .
Resepi Ringkas Sos Steamboat Buat Sendiri Di Rumah
Sesekali , membuat sendiri hidangan steamboat di rumah lebih menjimatkan . Selain kita boleh pilih bahan steamboat yang kita mahu gunakan , sup steamboat juga mudah disediakan . Tetapi , membuat sos steamboat sendiri di rumah , tidak semua tahu membuatnya .
Oleh itu, berikut adalah cara mudah buat sos steamboat yang super sedap hingga menjilat jari .
•Bahan A
Oren Sunquik 1/2 cawan
Sos cili 1/2 cawan (cap arnab)
Sos cili Thai 3sb
Kiub pati ayam 1
Gula Melaka (agak2)
Gula merah 1sb
Jus limau kasturi 7 biji
Cuka makan 3sb
Sos ikan 2sb
Garam secubit
Air 3 cawan
•Bahan B
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Lada merah 2
Cili padi 6 tangkai
Daun ketumbar (sikit je)
(kisar halus semua)
•Bahan C
Minyak bijan 3sb
Tepung jagung 1sb
Daun ketumbar
Bijan
•Cara Menyediakannya
1) Satukan bahan A dan B . Masak hingga mendidih. Kacau je. Apa yg kurang tambah ikut citarasa sendiri .
2) Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dah dibancuh. Kacau sos steamboat hingga pekat. Jangan pekat sangat. Agak-agak dan taruk minyak bijan. siap.
3) Dah siap sos taburkankan bijan dan daun ketumbar. Sedia dihidangkan bersama bahan-bahan steamboat yang anda suka.
Sumber : FB Atie Jumaat
LIHAT JUGA :
0 comments:
Post a Comment