Apa Yang Pesakit Diabetes Perlu Lakukan Bila Hamil
Apa Yang Pesakit Diabetis Perlu Lakukan Bila Hamil | Hamil merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para ibu . Sebab itu berita kehamilan selepas beberapa minggu berkahwin adalah berita yang menggembirakan bukan sekadar asangan itu sendiri malah ahli keluarga yang lain juga . Tanpa anak dalam rumah tangga ibarat menonton tv tanpa suara . Segalanya akan jadi sunyi dan bisu .
Diabetes
Diabetes merupakan darah yang mengandungi gula melebihi paras normal dan sukar untuk sembuh walaupun dalam jangka masa yang panjang . Manakala tubuh manusia pula perlukan sel-sel yang bertenaga ( dari gula / glukosa ) melalui hormon insulin supaya boleh berfungsi secara normal .
Apabila pesakit diabetes disahkan hamil , banyak perkara yang perlu si ibu ambil perhatian . Ini kerana diabetes yang dihidapi oleh si ibu bukan sahaja boleh memberi kesan kepada ibu malah kepada janin juga seperti
- Pertumbuhannya lambat.
- Lahir besar atau giant baby (makrosomia) sehingga perlu lakukan pembedahan. Ini kerana janin menerima kandungan gula berlebihan dari ibu, diubah menjadi protein dan lemak, sehingga membuatkan saiz bayi itu besar.
- Cacat bawaan, peluangnya 3 kali lebih besar dari kehamilan normal.
- Meningkatnya kadar bilirubin.
- Sindroma gangguan nafas. Kelebihan insulin menganggu tugas hormon kortisol yang berfungsi mematangkan paru-paru janin. Akibatnya, paru-paru janin belum matang di usia 38 minggu. Risikonya, terjadinya sindroma sesak nafas . Cegah dengan melakukan pemeriksaan air ketuban untuk memantau kematangan paru-paru janin.
- Kekurangan glukosa dan kalsium.
- Kelainan jantung.
- Kelainan neurologik dan psikologik pada bayi di kemudian hari.
- Kematian mendadak di kandungan (sudden death), akibat kekurangan oksigen dalam darah dan kelebihan asam laktat. Ini risiko jika kadar gula darah ibu tidak terkawal .
Apa Yang Pesakit Diabetes Perlu Lakukan Bila Hamil
Banyak perkara yang pesakit diabetes perlu lakukan ketika hamil untuk pastikan bukan sahaja dirinya sihat malah kandungannya juga mendapat khasiat yang secukupnya . Ini kerana , apabila seorang ibu disahkan hamil , maka banyak perubahan akan berlaku pada tubuh badannya .
Apabila hamil , pesakit diabetis perlulah :
1- Melakukan pemeriksaan khusus untuk mengawal kestabilan gula dalam darah .
2- Kerap memeriksa kandungan gula dalam darah .
Dengan melakukan pemantauan gula dalam darah , ianya dapat membantu ibu hamil mencegah gula darah rendah dan gula darah tinggi (hiperglikemia). Ibu hamil perlu tahu menstabilkan gula dalam darah darah .
3- Memiliki jadual pemeriksaan khusus untuk meminimakan gangguan pada kesihatan diri juga janin
4- Tahu tentang khasiat yang diperlukan oleh dirinya dan juga janin .
5- Mempunyai menu yang berkhasiat dan seimbang untuk diri dan juga janin .
Menu diet diabetes termasuk buah-buahan, sayuran dan biji-bijian. Walaupun ibu hamil penghidap diabetes boleh makan makanan yang sama dengan wanita normal lainnya, doktor akan mencadangkan perubahan menu makan untuk membantu anda menghindari masalah dengan gula darah rendah atau gula darah tinggi. Ini juga penting untuk mengambil vitamin yang mengandungi asam folat.
6- Sentiasa memeriksa perkembangan janin
- Pemeriksaan USG (ultrasonografi) pada usia kehamilan 16 dan 20 minggu.
- Pemeriksaan serial setiap 2 minggu sejak kehamilan 34 minggu.
- Pemeriksaan serial setiap minggu setelah kehamilan 36 minggu, berupa rekaman jantung janin (kardiotokografi), pemeriksaan janin dan fungsi plasenta (profil biofisik) dengan USG Doppler.
- Mulai kehamilan 38 minggu dilakukan pemeriksaan cairan ketuban (amniosintesis) untuk menilai kematangan paru-paru janin.
7- Mengawal kandungan gula dalam darah agar tidak kurang dan tidak terlebih untuk elak berlakunya
- keguguran
- kelahiran pra-matang
- kematian janin
- kecacatan pada janin
- mengelakkan saiz bayi yang besar
Pengawalan gula dalam darah ketika kehamilan dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan kelebihan protein dalam urin selepas 20 minggu kehamilan .
8- Melakukan aktiviti fizikal .
Untuk memastikan gula / glukosa dalam badan terbakar , ibu hamil perlu rajin melakukan aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh . Ibu hamil boleh melakukan kerja ringan seperti menyapu sampah , banyakkan bergerak dan aktiviti lain yang sesuai .
Risiko Kepada Ibu
Diabetes bukan sahaja memberi kesan pada bayi / janin dalam kandungan malah juga kepada ibu seperti
- Pre-eklampsia.
- Persalinan pra-matang
- Cairan ketuban berlebihan (hidramnion).
- Infeksi saluran kemih.
- Infeksi vagina berupa keputihan kerana kulat yang berulang
0 comments:
Post a Comment