Solat Sendirian Atau Berjemaah Lebih Sesuai Untuk Wanita ?
Solat Sendirian Atau Berjemaah Lebih Sesuai Untuk Wanita ? | Persoalan ni nampak mudah dan remah . tapi tetap perlukan penjelasan . Ada hadis kata , wanita solat di rumah lebih afdal daripada solat di masjid untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan demi menjaga auratwanita itu sendiri . Ada juga kata , wanita tak harus dihalang untuk ke masjid .
Soalan ;
" Seorang wanita tinggal berhampiran masjid sehingga dapat mendengar dengan jelas semua bacaan imam , kuliah dan ceramah yang disampaikan .Manakah yang lebih baik bagi wanita ini , solat bersendirian di rumah atau berjemaah di masjid ? Wanita ini pula merasakan dia lebih khusyuk jika dia dapat solat berjemaah . "
Jawapan ;
Daripada Ibn Umar r.a. Nabi SAW bersabda ;
" Jangan kamu halang hamba - hamba Allah yang perempuan dari ( mendatangi ) masjid - masjid Allah . Dan hendaklah mereka itu ( perempuan ) keluar dalam keadaan tidak berhias dan tidak memakai wangi - wangian . " ( Riwayat al - Bukhari )
Pada zaman Nabi SAW, kaum wanita keluar menunaikan solat di masjid bersama Baginda . Imam Malik meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa kaum wanita hadir solat subuh bersama Nabi SAW . Mereka pulang dalam keadaan berkelubung , berjalan laju dan tidak dikenali kerana hari masih gelap .
Kaum lelaki pula tidak dibenarkan beredar sebelum wanita beredar . Wanita solat di saf belakang , tidak ada tirai yang memisahkan mereka dengan saf lelaki . Lantaran itu Nabi SAW menyuruh mereka agar tidak mengangkat muka dari sujud sebelum jemaah lelaki duduk kerana dibimbangi mereka akan ternampak aurat jemaah lelaki .
Berdasarkan peristiwa - peristiwa itu maka tiada halangan bagi wanita ke masjid asalkan tidak berhias , tidak memakai wangi - wangian , tidak bergaul dengan lelaki , wanita itu dapat keizinan wali atau suami .
Jika solat di masjid itu tidak dapat elakkan wanita daripada bertembung dan melihat / dilihat lelaki bukan mahram , juga boleh timbulkan fitnah , maka solat di rumah itu lebih baik .
Sumber ; ANIS
Zaman sekarang , dah ada tirai memisahkan saf lelaki dan perempaun . Ada sesetengah masjid lak , saf perempuan di atas , lelaki di bawah .
0 comments:
Post a Comment