loading...

Resepi Ringkas Ikan Cencaru Sumbat Sambal Panggang


Resepi Ringkas Ikan Cencaru Sumbat Sambal Panggang | Ikan cencaru atau selalu disebut juga dengan ikan jeket sebab kulitnya yang keras selalunya dipanggang sebagai menu masakan . Selain ikan cencaru panggang , ikan cencaru masak kicap juga sedap unuk sajian hidangan utama di kala makan tengahari dan malam .


Resepi Ringkas Ikan Cencaru Sumbat Sambal Panggang

Resepi Ringkas Ikan Cencaru Sumbat Sambal Panggang


Untk menyediakan ikan cencaru sumbat sambal panggang bukanlah susah . Anda boleh sahaja ikuti langkah-langkah berikut untuk menyediakannya .

Bahan-bahannya :


4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
● 1 senduk (5-6 sb) cili kisar
● 1 biji bawang besar
● 3-4 bawang putih
● 2 batang serai - potong-potong
● 1 inci halia
● Sedikit belacan bakar - jika suka
● 2-3 tangkai daun kesum - jika suka
● Asam keping
● Gula dan garam

Cara caranya :



1. Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar dan tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili betul betul masak. Bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.

2. Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.

3. Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam pemanggang ikan ajaib/kuali leper/kayu arang. Kalau nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan