loading...

Cinta Dan Keikhlasan


Cinta adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya . Tiada bentuk dan rupa tetapi hadirnya dalam jiwa boleh buat kita meronta dan terseksa jiwa . Siapalah kita nak menolak cinta sedangkan pemberian terindah ini ada pada setiap jiwa manusia . Cinta hadir perlukan keikhlasan . tanpa keikhlasan , cinta yang bersemi tidak akan membawa makna dalam hidup anda . Maka , cinta dan keikhlasan adalah gandingan mantap untuk mencipta bahagia .


Cinta Dan Keikhlasan



Cinta Dan Keikhlasan


Cinta terlalu banyak cabangnya . Bukan sekadar cinta kepada pasangan malah cinta kepada keluarga , cinta kepada Allah , cinta kepada harta , cinta kepada binatang , cinta kepada alam sekitar juga cinta kepada keamanan dan kedamaian . Segala jenis cinta ini perlukan keikhlasan . 

Cinta berserta keikhlasan kepada Allah , amal ibadah yang anda lakukan lebih barakah . Kenikmatan hidup yang anda rasai lebih dari yang anda jangkakan .

Cinta kepada manusia disulami keikhlasan , anda akan merasa bahagia yang tiada tandingannya walaupun tanpa harta yang melimpah . Malah , apa pun ujian yang melanda , anda sedia untuk harungi bersama malah sanggup berkorban apa sahaja asalkan anda tidak ' terkorban ' .

Cinta kepada binatang , menjadikan mereka seakan faham siapa kita . Keikhlasan menyayangi mereka akan menjadikan jiwa kita tenang malah kadangkala mereka dapat membantu kita dalam keadaan tidak terjangka .

Cinta kepada alam sekitar akan membawa kepada pemeliharaan keindahan alam . Keikhlasan menjaganya menjadikan kehidupan makhluk di atas muka bumi ini bebas tanpa pencerobohan .

Cinta kepada kedamaian dan keamanan akan menyelamatkan banyak kehidupan . Bukan setakat nyawa , juga alam semesta malah dapat memberikan kegembiraan dan kemajuan kepada kehidupan kerana keikhlasan melakukannya menjadikan anda sentiasa positif dalam setiap tindakan anda .

Cinta Yang ikhlas Perlukan Pengorbanan


Cinta tanpa keikhlasan serta pengorbanan hanya akan jadi cinta angan Mat Jenin . Bila itu berlaku , sudah tentu ianya bukan lagi bernama CINTA . Selagi ianya bernama cinta , maka keikhlasan akan seiring dengan pengorbanan . Pengorbanan ini tentunya akan mendatangkan kepuasan kepada anda kerana matlamat anda tercapai walaupun akan ada halangan dan ujian . Itu semua adalah lumrah . Pengorbanan ini jangan sesekali anda sesali , jangan anda ungkit dan jangan minta balasan kerana mungkin ianya akan menjadi amal jariah yang sangat bermakna di akhirat kelak kepada anda .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan