Tips Dapat Anak Kembar
TIPS DAPAT ANAK KEMBAR | Ramai orang mahukan anak kembar . Ada ibu tidak sangka boleh dapat anak kembar . Nak dapat anak kembar ni bukannya kita boleh tentukan tapi kita boleh usaha mendapatkan anak kembar .
TIPS DAPAT ANAK KEMBAR
Kebanyakan soalan yang saya terima daripada mommies yang buka buku awal (kurang 12 minggu) masa kali pertama scan ialah:
Kembar ke doktor?
Memang ramai mommies excited kalau dapat anak kembar, kata mereka , express : beranak sekali dah ada 2 anak. Sebenarnya bukan mudah untuk dapat anak kembar, walaupun mommies ada genetik kembar dalam keluarga.
Namun, ada beberapa tips untuk dapatkan baby kembar :
1. Sejarah keluarga
Sekiranya dalam keluarga mommies atau suami ada sejarah kembar, kemungkinan untuk mommies dapat anak kembar itu agak tinggi.
2. Umur
Mommies yang berumur 35 hingga 40 tahun berpontensi untuk mendapat anak kembar. Tapi kena ingat, kehamilan pada usia ini juga tinggi risikonya .
3. Lebih ramai anak
Potensi memilki anak kembar meningkat jika mommies sudah mempunyai ramai anak.
4. Berat badan & ketinggian
Mommies yang lebih tinggi & berat yang lebih berpontensi. Tapi, bukanlah berat badan berlebihan atau obes, tu makin susah mengandung ada lah...
5. Diet tinggi protein
Protein membantu meningkatkan bilangan telur yang dihasilkan. Laporan yang dimuatkan dalam Journal of Reproductive Medicine, wanita yang minum susu 5 kali ganda berpotensi melahirkan bayi kembar.
6. Ubat kesuburan
Meningkatkan peluang 2 ovum terhasil dalam 1 masa. Tapi dapatkan nasihat pakar dulu, jangan sembarangan makan ubat.
7. Prosedur IVF
Dalam prosedur ini wanita diberikan ubat untuk menghasilkan beberapa telur dan mematangnya dengan cepat. Prosedur ini juga mesti dilakukan dibawah pengawasan pakar.
8. Doa dapat anak kembar
Mommies boleh berdoa mengikut cara sendiri atau amalkan doa khusus untuk dapat anak kembar dalam Surah As-Saaffaat ayat 120 dan surah Asy-Syura ayat 50.
Tapi, bila dah dapat anak kembar tu jangan pula merungut susah nak jaga. Tapi raikanlah kecomelan mereka.
0 comments:
Post a Comment