loading...

Resepi Ringkas Buat Rempeyek



Resepi Ringkas Buat Rempeyek | Rempeyek adalah makana tradisional melayu . Rempeyek selalunya dihiangkan pada tetamu pada sambutan hari raya . Kini , rempeyek sudah dikomersilkan dan boleh didapati bila-bila masa sahaja di pasaran .


 Resepi Ringkas Buat Rempeyek

Resepi Ringkas Buat Rempeyek


Bagi sesiapa yang berhasrat mahu menghasilkan rempeyek sebagai pendapatan sampingan tetapi tidak tahu resepinya , berikt adalah resepi ringkas dan mudah membuat rempeyek . Semoga anda dapat menghasilkan dengan jayanya .

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng



Cara menyediakan:


1. Bersihkan dan toskan kacang tanah. Bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.

2. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. 

3. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.

4. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan. Siap!



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan