loading...

Ciri Suami Pilihan Menurut Islam


ASSALAMUALAIKUM ...

Bagi seorang wanita solehah , mencari calon suami tentunya memerlukan banyak pertimbangan dan tapisan sesuai dengan kehendak Islam . Di sini ada beberapa ciri - ciri yang diperlukan  mengikut turutan kepentingannya .  Antaranya :


Ciri Suami Pilihan Menurut Islam

1. Pastikan calon itu seorang muslim sejati .


Konteks muslim di sini ialah berilmu , beriman dan beramal salih serta menjauhi perkara mungkar . Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka . Sekiranya calon itu bukan muslim , pastikan dia memeluk Islam kerana sayangkan Allah dan Rasulullah bukan kerana sayangkan pembaca .

Allah berfirman :  
" Wahai orang - orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka . "  

( Al - Tahrim 66 : 06 )

2. Sikap calon suami terhadap keluarganya terutama ibu dan bapanya .


Rasulullah SAW bersabda :  
" Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa . "  

( Sahih Sunan al - Tirmizi , no : 1899 )

Calon suami yang baik tidak akan menderhakai ibu bapanya kerana anda serta memainkan peranannya di pertengahan diantara ibu bapanya dan anda .

Sabda Rasulullah : " Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya ( ibu ) . " 
( Sahih Sunan al - Nasa ' e no : 3104 )

Seorang lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keperihatinan besar kemungkinan akan melayan isterinya dengan penuh keperihatinan juga dan begitulah sebaliknya .   

3. Ciri kepimpinan


Firman Allah yang bermaksud : 
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan . "  

( al - Nisa 4 : 36 )

Berikan calon suami satu senario , perhatikan bagaimana dia membuat keputusan . Berikan dia satu permasalahan , perhatikan bagaimana dia menyelesaikan . Berikan dia satu perancangan , perhatikan bagaimana dia mengaturnya . Berikan dia satu amanah , perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya .

4. Kewangan 


Sabda Rasulullah SAW :  
" Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri - isteri kalian ... mereka memiliki hak di atas kamu , iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan . " 
( Sahih Muslim , no : 2137 )

Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri . Suami tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung keluarga . Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela , bukan paksaan .

5. Akhlaknya


Rasulullah SAW bersabda :  
" Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia ( sikap santun ) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya . " 
( Sahih Muslim no : 2594 )

Cara penampilan , kekemasan pakaian , arah pandangan , bahasa percakapan , kesungguhan mendengar , kejujuran mengaku salah , rendah diri menerima teguran , sabar terhadap apa yang tidak diingini , tenang dalam suasana marah , senyum dalam suasana tegang , tegas dalam suasana dizalimi , semuanya adalah akhlak yang perlu diperhatikan .

Perhatikan juga akhlaknya kepada orang lain seperti ahli keluarga , rakan sekerja , peniaga buah dan pelayan restoran . Dengan cara ini pembaca akan dapat bezakan sama ada akhlak calon suami pembaca tulen ataupun sekadar pura - pura .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan