Teknik Mudah Cumbuan Bangkitkan Ghairah Pasangan
Teknik Mudah Cumbuan Bangkitkan Ghairah Pasangan | Bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan memiliki anak , cumbu-cumbuan sering diabaikan dalam hubungan intim . Kesannya , kemesraan semakin luntur dan kenikmatan mula berkurangan . Jika masalah ini tid ditangani , pasangan akan mula menjadi bosan untuk meneruskan hubungan intim dan keluhan demi keluhan mula terpacul dibibir .
Biarpun mulut tidak mampu berkata -kata untuk menyatakan rasa tidak puas hati , dalam diam , pasangan menelan kepahitan perasaan . Jika dibiarkan , kepahitan perasaan ini mampu menjadi racun yang membunuh kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut .
Teknik Mudah Cumbuan Bangkitkan Ghairah Pasangan
Cumbu-cumbuan , biar nampak remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga yang terhasil daripada kepuasan seks yang maksima .
Ketika bercumbu-cumbuan , stimulasi otak akan memacu kelenjar yang akan mewujudkan sensasi nikmat yang luar biasa . Jadi mengapa enggan atau malas melakukan cumbu-cumbuan sebagai pembukaan dalam hubungan intim anda ?
Berikut adalah teknik cumbu-cumbun yang anda boleh amalkan untuk membangkitkan ghairah untuk bersama .
1- Pakaian
Sarungkan pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan lembut seperti sutera atau satin , atau kamisol tembus pandang di balik kardigan yang kancingnya mudah dibuka . Ini akan membuat anda bertambah ghairah dan merangsang pasangan anda untuk bercumbu-cumbuan .
Pasangan anda semakin mudah ghairah dan terangsang jika terpaksa mengintip tubuh anda di sebalik pakaian yang disarungkan .
2- Goda Pasangan
Bercumbu-cumbuan adalah cara terbaik untuk melipat gandakan sensasi sebelum anda dan pasangan memasuki tahap pemanasan yang sebenar-benarnya .
Tanpa perlu membuka baju , cuba goda pasangan anda dengan cumbu-cumbuan . Aktifkan jemari kaki dan tangan anda agar terus menjalar ke seluruh tubuh pasangan yang sensitif .
3- Agresif
Setelah pasangan anda mula terangsang , cuba jelajah tubuhnya dengan lebih agresif dengan menggunakan setiap inci tubuh anda .
Anda perlu ingat , setiap inci tubuh anda mampu mendatangkan ghairah yang maksima kepada pasangan anda .
Sentuh bahagian tubuh pasangan anda terutama pada bahagian yang sensitif dengan menggunakan bahagian tubuh anda yang jarang sekali digunakan seperti bahu , lengan , punggung dan sebagainya .
4- Penuh Kemesraan
Cumbui tubuh pasangan anda dengan penuh kemesraan sambil membuka pakaiannya satu persatu . Ketika itu anda dapat merasakan kemesraan , kenikmatan dan kebahagiaan hubungan intim yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata .
5- Cepat bertindak
Anda perlu sensitif dengan perubahan pasangan anda . Jika pasangan anda terlihat semakin terangsang dan mula menyerang , tolak tubuhnya perlahan-lahan dengan penuh kemesraan dan gaya yang menggoda . Teruskan bercumbu-cumbuan sehinggalah saat untuk menyerang tiba iaitu ketika deruan nafasnya semakin kencang .
6- Tarian
Anda juga boleh menggoda pasangan anda dengan mengajak pasangan anda menari dengan diiringi muzik lincah dan menggairahkan . Lakukan aksi-aksi tarian dalam bentuk yang amat menggairahkan agar si dia semakin terangsang .
7- Layari Bahtera
Setelah nafasnya semakin menderu kencang dan fikirannya tenggelam dalam keghairahan , barulah anda memainkan peranan seterusnya untuk melayari bahtera bersama-sama dan seterusnya mengecapi nikmat hubungan seksual yang pastinya tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya .
0 comments:
Post a Comment