loading...

Resepi Ringkas Ayam Goreng KFC Buat Sendiri Di Rumah


Resepi Ringkas Ayam Goreng KFC Buat Sendiri Di Rumah | Ayam goreng KFC memang sedap dimakan . Tak ramai yang boleh menafikannya . Ayam Goreng KFC juga jadi kegemaran anak-anak . Kalau nak makan ayam goreng KFC selalu memang tak mampu . Jalan yang terbaik , buat ayam goreng KFC sendiri dirumah .

Resepi Ringkas Ayam KFC Buat Sendiri Di Rumah

Resepi Ringkas Ayam KFC Buat Sendiri Di Rumah


Kalau nak buat ayam goreng berempah di rumah , banyak jenis resepi ayam goreng tepung yang boleh digunakan . Semua resepi ayam goreng tepung itu mengikut selera tekak masing masing . Tetapi kalau nak membuat ayam goreng KFC yang asli dan rangup , berikut adalah bahan-bahan dan caranya :

Bahan - bahan


1/2 ekor ayam

Bahan Perap


2 sudu serbuk cili atau chilli flakes
10 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk secukup rasa
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok
1 sùdu cuka ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar)


Bahan Tepung Rangup


2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garan
1 sudu kecil soda bikarbonat


Resepi Ringkas Ayam Goreng KFC Buat Sendiri Di Rumah

Cara membuatnya :


1- Gaul rata semua bahan perap di atas . 

2- Perap ayam selama 30 minit .

3- Sebelum goreng pecahkan 2 bijik telur ayam. Gaul sebati

4- Semua bahan tepung rangup gaulkan pada ayam .

5- Goreng deep fry. Boleh juga guna periuk kecil. Pastikan minyak penuh / ayam tenggelam .

6- Toskan minyak dan hidangkan .



1 comment:

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan