loading...

Solat Sendirian Atau Berjemaah Lebih Sesuai Untuk Wanita ?


Solat Sendirian Atau Berjemaah Lebih Sesuai Untuk Wanita ? | Persoalan ni nampak mudah dan remah .tapi tetap perlukan penjelasan ...

Ada hadis kata ,wanita solat di rumah lebih afdal daripada solat di masjid . Ada juga kata ,wanita tak harus dihalang untuk ke masjid .

Solat Sendirian Atau Berjemaah Lebih Sesuai Untuk Wanita ?

Soalan ;
" Seorang wanita tinggal berhampiran masjid sehingga dapat mendengar dengan jelas semua bacaan imam , kuliah dan ceramah yang disampaikan .Manakah yang lebih baik bagi wanita ini , solat bersendirian di rumah atau berjemaah di masjid ? Wanita ini pula merasakan dia lebih khusyuk jika dia dapat solat berjemaah . "

Jawapan ;


Daripada Ibn Umar r.a. Nabi SAW bersabda ;

" Jangan kamu halang hamba - hamba Allah yang perempuan dari ( mendatangi ) masjid - masjid Allah . Dan hendaklah mereka itu ( perempuan ) keluar dalam keadaan tidak berhias dan tidak memakai wangi - wangian . " ( Riwayat al - Bukhari )

Pada zaman Nabi SAW, kaum wanita keluar menunaikan solat di masjid bersama Baginda . 

Imam Malik meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa kaum wanita hadir solat subuh bersama Nabi SAW . Mereka pulang dalam keadaan berkelubung , berjalan laju dan tidak dikenali kerana hari masih gelap .


Kaum lelaki pula tidak dibenarkan beredar sebelum wanita beredar . Wanita solat di saf belakang , tidak ada tirai yang memisahkan mereka dengan saf lelaki .


Lantaran itu Nabi SAW menyuruh mereka agar tidak mengangkat muka dari sujud sebelum jemaah lelaki duduk kerana dibimbangi mereka akan ternampak aurat jemaah lelaki .


Berdasarkan peristiwa - peristiwa itu maka tiada halangan bagi wanita ke masjid asalkan tidak berhias , tidak memakai wangi - wangian , tidak bergaul dengan lelaki , wanita itu dapat keizinan wali atau suami .



Jika solat di masjid itu tidak dapat elakkan wanita daripada bertembung dan melihat / dilihat lelaki bukan mahram , juga boleh timbulkan fitnah , maka solat di rumah itu lebih baik .



Sumber ; ANIS .



Zaman sekarang , dah ada tirai memisahkan saf lelaki dan perempaun . Ada sesetengah masjid lak , saf perempuan di atas , lelaki di bawah .

Yang pasti , kita tetap bertembung dengan lelaki bukan mahram di mana jua . Maka , pandai - pandai lah uruskannya ...

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan