loading...

Resepi Ringkas Apam Pisang


Resepi Ringkas Apam Pisang | Apam adalah kuih kukus yang sangat mudah untuk dibuat . Ada pelbagai jenis apam kukus . Anda boleh campurkan ramuan asas apam dengan apa sahaja bahan lain seperti labu , pisang , lobak merah dan sebagainya .

Resepi Ringkas Apam Pisang

Resepi Ringkas Apam Pisang


Bila hari cuti , memasak adalah agenda yang ada dalam jadual . Maklumlah , ada banyak masa untuk ke dapur . Apa kata kali ini anda cuba buat apam pisang . Bahan-bahan buat apam pisang ada dibawah .

Bahan-bahan:


4 biji pisang (Boleh juga guna pisang berangan atau emas anggaran isi sebanyak 3/4 blender).
180g gula - boleh juga kurangkan sikit dalam 160g kalau tak suka manis
2 biji telur
100ml minyak masak ( guna minyak jagung, kurang kolestrol.. :D)
200g tepung gandum
1 sudu rata soda bicarbonate
Sedikit esen vanila (opt)

Cara Membuatnya:


1) Blend pisang (tanpa air) sampai halus.
2) Masukkan minyak, telur dan gula. Blend lagi dan tuangkan dalam bekas lain (mangkuk atau besen)
3) Ayakkan tepung bersama soda ke dalam bekas tersebut.
4) Gaul atau kacau adunan dengan senduk atau whisk sampai sebati dan takde ketul-ketul tepung.
5) Kukus dalam loyang atau bekas-bekas kecil selama 15-20 minit.
6) Lapikkan penutup kukusan dengan kain nipis.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan