loading...

Resepi Ringkas Roti Manis Gebu Super Sedap


Resepi Ringkas Roti Manis Gebu Super Sedap | Orang Malaysia dah suka makan roti . Ini disebabkan gaya hidup yang sudah berubah . Malah roti yang menjadi makanan rugi orang barat , kini sudah merentas benua dan ada hampir disetiap rumah rakyat malaysia . Malah roti juga suah menjadi kudap-kudapan yang mengenyangkan .


Resepi Ringkas Roti Manis Gebu Super Sedap


Roti / bun ada pelbagai jenis dan bentuk . Tetapi nak buat roti yang sedap dan gebu bukan sekadar perlu ada tepung , air , gula dan yis sahaja malah lebih dari itu . Proses dan teknik menguli doh roti juga perlu betul selain sukatan setiap bahan membuat roti perlulah betul .

Resepi Ringkas Roti Manis Gebu Super Sedap


Berikut adalah bahan-bahan membuat roti super gebu dan langkah-langkah yang perlu anda lakukan .

Bahan A 

1. Sediakan bowl mixer & masukkan 10gm garam halus.
2. Masukkan 200gm gula kastor.
3. Masukkan 50gm susu tepung.
4. Masukkan 200gm marjerin roti.
5. Masukkan 10gm bread improver.
6. Masukkan 10gm bread softener.
7. Masukkan 1kg tepung roti.
8. Masukkan 15gm yis mauripan.
Ketepikan..

Bahan B

1. Sediakn 1 bekas dan masukkan susu pekat manis seberat 89gm.
2. Masukkan 2 biji telur gred A.
3. Masukkan 600gm air suam.

Cara-cara


1. Mix semua bahan dalam bowl selama lebih kurang 15 SAAT & matikan suis. 
2. Masukkan semua bahan B ke dalam bahan A dan mix selama 25 minit.
3. Keluarkan adunan yang dicampur tadi . Uli sekejap kemudian bulat-bulatkan.
4. Sediakan loyang 6 inci yang telah digrease dengan butter & masukkan 35gm doh yang sudah digentel bulat di tengah-tengah loyang.

5. Masukkan 8 biji doh yang sudah dibulatkan setiap satu 32gm.
6. Panaskan oven terlebih dahulu selama 5 minit @ agak2 panas sudah memadai. Tutup suis.
7. Perap doh ke dalam oven yang sudah dipanaskan tadi selama 90 minit.
8. Keluarkan doh dan spray doh dengan kuning telur yang dicampurkan sedikit air.
9. Topping terpulang pada semua untuk gunakan apa-apa bahan atau plain sahaja.
10. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 25 minit api atas bawah.
11. Kemudian tukar api bawah sahaja selama 15 minit.
12. Tunggu sejuk dan sedia dihidangkan.

Facebook : Ustaz Abdullah Mahmod ( al fatihah )


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan