loading...

Nama Yang Di Larang / Tak Digalakkan Pada Anak



Nama Yang Di Larang / Tak Digalakkan Pada Anak | Berita kehamilan merupakan berita yang dinantikan bukan sahaja si ibu , suami malah seluruh ahli keluarga . Bila anak sudah sah dalam kandungan , maka sibuk pula mahu mengetahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan . 

Nama Yang Di Larang / Tak Digalakkan Pada Anak



Apabila dah disahkan jantina , proses seterusnya adalah mencari dan memilih nama yang sesuai dan mempunyai makna yang baik . Pun begitu , ada Nama Yang Di Larang / Tak Digalakkan Pada Anak  yang anda perlu ketahui apabila mahu memilih nama untuk anak . 


A : NAMA - NAMA YANG PERLU DIELAKKAN



Berikut adalah senarai nama  yang perlu ibu bapa elakkan untuk diberikan pada anak-anak mereka . Ibu bapa perlu tahu bahawa nama anakitu juga satu doa . Bila kerap disebut , ia boleh menjadi makbul .


1. Nama yang maksudnya tidak elok .



Rasulullah SAW pernah menukar nama sahabatnya Zaham ( menyibuk , mengganggu ) kepada Basyir ( berita gembira ) .




Contoh lain ;

  • Hazan ( kesedihan ) , Hazin ( seorang lelaki yang sedih ) , Hazaniyyah ( hidup dengan penuh kesedihan ) .
  • Zani ( lelaki penzina ) , Zaniah (wanita  penzina  ).
  • 'Asiah ( perempuan penderhaka / pembuat maksiat )
  • Wati ( persetubuhan )
  • Azli ( celaanku ) , Azlan ( celaan ) .

2. Nama - nama Allah ( sifat tuhan ) 

  • Azali
  • Muhaimin

3. Nama - nama berkaitan bangsa / kaum seperti 

  • Suyuti ( orang Asyut )
  • Bukhari ( orang Bukhara )
  • Ghazali ( orang Ghazal )
  • Nawawi ( orang Nawa )
  • Misri atau Masri ( orang Mesir )
  • Baihaqi ( orang Baihaq )
  • Tirmizi ( orang Tirmiz )

4. Nama - nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama .


Contohnya , Khairunnisa' ( sebaik - baik wanita ) . Sedangkan di dalam hadis ada menyatakan bahawa ;



" Sebaik - baik wanita di alam ini adalah Asiah dah Maryam . "


Selain itu nama ini juga seperti berlawan dengan hadis .



Imam Nawawi berkata , Ulama Syafie berkata ;




" Dimakruhkan memberi nama dengan nama - nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini . Larangan ini adalah hanya makruh  tidak haram . "


5. Nama - nama yang dilarang dalam hadis 


لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ 


 أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ




" Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar ( mudah ) , Rabah ( untung ) , Najih ( berjaya ) dan Aflah ( berjaya ) . Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang ; Apakah ada di sana ( Yasar , Rabah dan sebagainya itu ) ? 

" Lalu ia menjawab ; " Keuntungan tidak ada . " 
( Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundap ra )



Tujuannya nak anak tu jadi seperti maksud nama tersebut . Katalah , Najah ( kejayaan ) .


Bila ada orang bertanya ; " Najah ada tak ? "
Dijawab pula ; " Najah tiada di sini . "

Maka memberi maksud ; ' Kejayaan tiada di sini . '



Daripada Umar ra berkata , Rasulullah SAW bersabda ;


عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة ويسار.

" Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi' ( ketinggian ) , Barakah ( keberkatan dan Yassar ( senang ) . "
( Hadis Riwayat Tirmizi )




6. Nama yang mengangkat diri sendiri .





Rasulullah SAW telah menukar nama Barrah ( yang sangat baik ) kepada Zainab .


لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

" Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri . Allah  SWT lebih mengetahui siapakah yang paling baik dikalangan kamu . "


Mereka bertanya ; " Apa yang kami hendak namakannya ? "

Baginda menjawab ; " Zainab . "
( Hadis sahih Riwayat Muslim ra )




7. Nama yang mengandungi unsur - unsur syirik 


  • Ghulam 'Ali ( hamba Ali )

8. Nama Nur pada lelaki yang sebenarnya untuk perempuan .


Nama paling mudah Nur ( cahaya ) dalam bahasa Arab adalah muzakkar ( untuk lelaki ) .


9. Nama dengan makna yang tidak tepat penggunaannya .

  • Umi ( ibu ) sedangkan gelaran ' Ibu ' hanya untuk wanita yang dah kahwin / ada anak . 
  • Anisah ( cik ) hanya digunakan untuk wanita yang belum kahwin sebagai mana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini . 
  • Sayyid ( tuan ) digunakan oleh orang Arab pada sesiapa saja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah daripada keturunan Rasulullah SAW .

10. Nama yang bermaksud pekerjaan dalam bahasa Arab ;

  • Masyitah ( tukang sikat rambut ) . Digunakan pada mana - mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut .
  • Halwani ( lelaki penjual kueh ) digunakan pada mana - mana lelaki yang menjual kueh - mueh tetapi digunakan sebagai nama perempuan di Malaysia .


11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya ;


  • Zaleha yang sepatutnya Zulaikha .

12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tak dapat dipastikan kebenarannya ;

  • Muti 'ah dikhabarkan adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatima al - Zahra lagi . Beliau dikatakan sebagai wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya .

13. Nama yang memberi makna sifat ;

  • Muti'ah ( yang taat ) .

14. Nama yang tak memberikan apa - apa makna . 


      Lebih buruk lagi apabila dipendekkan beri maksud yang tak elok .
  • Ezani - dipendekkan jadi Zani ( lelaki penzina ) .
  • Mat ( mati )
  • Wati ( bersetubuh )
  • Zana ( berzina )

15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat / tidak melambangkan Islam

  • Isaac - asalnya dipercayai sebagai Ishak ( nabi )
  • Harry - asalnya Khairi ( kebaikanku )
  • Huyam - gila berahi
  • Natasya , Paris , Suzuki 

16. Nama yang maknnya kurang jelas atau lucu dalam bahasa Arab ;

  • Syamsul Bahri ( matahari lautan )
  • Nik ( kemaluan perempuan atau mentah , tidak matang )
  • Atan ( keldai betina )
  • Jamalullail ( keindahan malam )

* Nota ; 

Sekiranya sesuatu nama memberikan makna yang baik dan buruk , maka harus menggunakannya kerana Rasulullah SAW juga melakukannya .

Contohnya ; 
  • Zainab ( nama sejenis pokok wangi ) - baik dan ( pengecut ) - makna buruk .
  • Mu'awiyah ( pembela / pejuang ) - baik dan ( yang menyalak ) - buruk .

17. Nama yang ada ' ni ' dihujungnya yang sering digunakan oleh orang perempuan Malaysia .

  •  Halwa ( yang manis , menarik ) manakala Halwani (  lelaki penjual kueh ) .

*Nota ; 

Nama - nama bukan daripada bahasa Arab yang elok maknanya juga harus digunakan ;
  • Fairuz ( Batu permata yang berwarna biru agak kehijau-hijauan )
  • Sirin ( manis ) bahasa Parsi .
  • Sibawaih ( wangian epal )

18. Nama - nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa - apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya ;

  • Sukri ( kemabukanku ) , sepatutnya Syukri ( kesyukuranku )
  • Nordin ( tiada makna ) , sepatutnya Nuruddin ( cahaya agama )
  • Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin  جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’.

19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya 


Gabungan nama ' Nur hafizah ' tidak memberi apa - apa makna sebab gabungan ini salah daripada segi bahasa Arab .
Sebaliknya , gabungan nama ' Nurhayati ( cahaya hidupku ) ' Nur'aini ( cahaya mataku ) adalah bertepatan .

* Nota :

Namakan anak menggunakan nama binatang seperti burung atau bunga seperti Surayya , Aktar ( tuah atau binatang dalam bahasa Parsi ) adalah harus .


20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah .


Ya mutakallim adalah ' ya ' pada akhir kata nama yang memberi makna ' sesuatu milikku ' atau ' daripadaku ' seperti ;
  • Syukri ( kesyukuranku )
  • Fathi ( kemenanganku )
Ya nisbah pula ada ' ya ' pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat , pekerjaan dan sebagainya .

Contoh ;
  • Imam Jalaluddin as - Suyuti yang bermaksud ; Imam Jalaluddin orang asyut .
  • Imam Muhammad bin Isma ' il al - Bukhari yang bermaksud ; Imam Muhammad bin Isma ' il orang Bukhara
  • Muhammad Asri yang bermakna ' Muhammad tawananku ', ini kerana sebenarnya adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah . Nama yang betul ialah Muhammad ' Asri .

* Nota ; 

Seelok - eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya , sekiranya salah sebutnya maka berlainan pula maksudnya ;


Contohnya ;
نعيمة bermaksud yang berbahagia , yang lembut , yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة  bermaksud yang tidur .


21. Harus menggunakan nama gabungan daripada ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok , seperti nama ulama :



Ayahnya bernama Zahir ( pembela , penyokong )

  • Ihsan Ilahi Zahir - bermakna Ihsan Tuhanku nyata pembela .
  • Fadhal Ilahi Zahir - bermaksud kurniaan Tuhanku nyata pembela .

22. Diharamkan menggunakan nama ' Malikul Muluk ' atau ' Malikul Malak ' 


Firman Allah SWT ;

لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

( Pada saat itu Allah berfirman ) : " Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini ? ( Allah sendiri menjawab ) : " Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa , lagi Yang mengatasi kekuasaannya segala - galanya ! "
[ Al - Ghafir : 16 ] 

dan ayat

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

" Dia lah Allah , Yang tidak ada Tuhan melainkan dia ; Yang Menguasai ( sekelian alam ); Yang Maha Suci ; Yang Maha Selamat sejahtera ( dari segala kekurangan ) ; Yang Maha melimpahkan Keamanan ; Yang Maha pengawal serta Pengawas ; Yang Maha Kuasa ;  Yang Maha kuat ( menundukkan segala - galanya ) ; Yang Melengkapi Segala Kebesaran Nya . Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya . "
[ Al - Hasyr ; 23 ]

' Malikul Amlak ' ( Raja bagi segala raja ) 



إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ


" Sesungguhnya sehina - hina / seburuk - buruk nama disisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul - Amlak . "
( Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah ra )

Dalam riwayat lain , Rasulullah SAW ;


أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ


" Lelaki yang paling dimurkai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak ( kerana hakikatnya ) tiada raja melainkan Allah . "
( Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ra )


23. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya , seperti ;

  • Ruhullah ( Roh daripada Allah ) - gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa AS kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah .
  • Khalilullah ( Kekasih Allah ) / Khalilurrahman ( Kekasih kepada yang Maha Pengasih ) - gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim AS .
Selain itu nama - nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadis dan terdapat larangan yang terang berkaitannya .


24. Nama Malaikat 



Menurut Mazhab Syafi'ie , harus memberi nama dengan nama - nama malaikat . Tetapi sebagai ulama' memakruhkannya . Berkata Qadhi ' Iyadh ;




" Telah memakruhkan sebahagian ulama' memberi nama dengan nama - nama Malaikat dan ia adalah pandangan al - Harith bin Miskin . Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya -sin . "





B : NAMA MENGIKUT PERUBATAN ISLAM .





Menurut Ustaz Sharhan Syafie , di dalam perubatan Islam , ada beberapa nama yang perlu dielakkan . Antaranya ;


  • Balqis - ketua Jin
  • Qistina / Kistina - penghulu jin
  • Najwa - bisikan
  • Zaqwan / Zaquan - anak jin
  • Haikal / Haiqal - tengkorak 
  • Badrisha / Badlisha / Herisha
Anak - anak yang menggunakan nama - nama tersebut , kemungkinan akan menimbulkan masalah seperti selalu sakit , degil , kerap menangis , suka memberontak , hiperaktif dan banyak lagi .



* Nota : 




Ustaz sharhan dalam syarahannya di youtube menyarankan supaya memanggil anak yang bernama di atas dengan panggilan lain yang lebih baik . Tak perlu ditukar nama tuh .


C : NAMA YANG PELIK DAN GANJIL


Mereka yang memiliki nama yang pelik dan ganjil , akan menyebabkan mereka rasa malu dan rendah diri bila bercampur masyarakat . Malah akan menjadi bahan ejekkan atau bahan lawak sesama mereka . Akibatnya , empunya diri akan merasa tertekan dan mengasingkan diri . Ianya juga akan mengakibatkan pergaduhan .

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

" Kamu sekelian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu . Maka hendaklah kamu perelokkan nama kamu . "
( Hadis Riwayat Abu Daud ra )



* NOTA * 




Disunatkan menukar nama yang buruk kepada yang baik . 

Rasulullah saw telah melakukannya terhadap para sahabat baginda .
Rasulullah SAW telah menukar nama Abdul Hajar ( hamba batu ) kepada Abdullah .
Ada yang bernama ' Asi ( yang derhaka ) dan ditukar kepada Muti ' ( yang taat ) .

Ibnu Umar ra menceritakan ;


" Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama ( seorang perempuan bernama ) ' Ashiyah ( perempuan yang engkar ) di mana baginda berkata kepada ( perempuan itu ) ; " Kamu adalah Jamilah ( yang indah ) . "

( Riwayat Imam Muslim )

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu 

Baginda bertanya kepadanya;“Apa nama kamu?” 
Jawab bapaku; “Hazn”
Lalu Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bererti; mudah).” 
Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.”

Said berkata; “(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’ (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” 

(Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan