Aurat Wanita Ketika Membaca Al-Quran
Aurat Wanita Ketika Membaca Al-Quran | Seorang muslim tidak wajar membiarkan satu hari berlalu tanpa membaca walaupun sedikit daripada ayat-ayat suci al-Quran . Diriwayatkan bahawa Sayidina Uthman bin Affan r.a. pernah berkata :
" Sekiranya hati kita suci , nescaya ia tidak akan berasa puas daripada ingin selalu ( menikmati ) Kalam Tuhan Azza Wajalla . Sesungguhnya aku tidak suka suatu hari mendatangi hidupku tanpa aku melihat kepada kitab suci al-Quran . "
Adab Membaca al-Quran
Oleh kerana al-Quran merupakan Kalam Allah s.w.t. , maka eloklah ketika membaca al-Quran , kita memelihara adab-adab tertentu , antaranya :
1- Ikhlaskan Niat
Membaca dengan niat untuk mencari keredhaan Allah dengan memahami hukum-hakam-Nya dan melaksanakan tintah perintah-Nya .
2- Dalam Keadaan Bersih Dan Suci
Sebelum membaca al-Quran , pastikan kita berada di dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas besar an kecil .
3- Membersihkan Mulut Dengan Bersugi
Kita digalakkan membersihkan mulut dengan bersugi atau lain-lain kerana mulut merupakan laluan yat-ayat Allah yang dibaca .
4- Disunatkan membaca dalam keadaan duduk menghadap ke arah kiblat .
Kita disunatkan untuk membaca dalam keadaan duduk menghadap ke arah kiblat , ditempat yang bersih , memakai pakaian yang bersih , berhias cantik dan wangi sebagai persediaan bermunajat dengan Allah melalui kalam-Nya yang mulia .
5- Hadirkan Hati , Tadabbur
Membaca ayat-ayat al-Quran dengan penuh khusyuk dan mengambil iktibar daripada setiap ayat .
Aurat Wanita Ketika Membaca Al-Quran
Berdasarkan adab-adab membaca al-Quran yang dinyatakan di atas , menutup aurat bukanlah menjadi syarat ketika membaca al-Quran , atau dengan kata lain , ketika membaca al-Quran tidaklah diwajibkan menutup aurat . Namun , sesuai dengan kebesaran dan kemuliaan Kalam Tuhan , sewajarnya kita menjaga dan mematuhi adab-adab al-Quran yang digariskan ketika membacanya .
0 comments:
Post a Comment