loading...

Cara-cara Merangsang Perkembangan Minda Kanak-kanak Istimewa


Cara-cara Merangsang Perkembangan Minda Kanak-kanak Istimewa | Melahirkan dan miliki anak-anak istimewa merupakan satu anugerah yang tidak ternilai . Pun begitu , ada juga ibu bapa yang merasa malu dan terhina bila mendapat zuriat dari kalangan kanak-kanak istimewa . Kanak-kanak istimewa adalah anak syurga yang perlu diberi perhatian lebih oleh ibu bapa .


 Cara-cara Merangsang Perkembangan Minda Kanak-kanak Istimewa


Bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan kanak-kanak istimewa . Oleh sebab itu , terdapat tempat asuhan yang dibina untuk mendidik kanak-kanak istimewa ini . Ibu bapa juga boleh mendapatkan panduan dan tunjuk ajar bagaimana mahu mendidik dan merangsang minda kanak-kanak istimewa supaya mereka dapat membesar dengan baik .

Cara-cara Merangsang Perkembangan Minda Kanak-kanak Istimewa


Berikut adalah cara-cara yang boleh ibu bapa gunakan sebagai panduan untuk merangsang minda anak-anak istimewa Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) Lambat menulis:


Penyelesaian: Dapatkan tilam / sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) Murid Pelat:

Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap.

Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:

Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.


Semoga 5 panduan di atas dapat membantu ibu bapa diluar sana yang memiliki kanak-kanak istimewa .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan